Palestin Saudara Kita 0 comments


INTIFADHA III

Israel terlalu biadab dengan mempamerkan kebinatangan di ambang tahun baru Umat Islam seluruh dunia. Keganasan di tebing Gaza bukan sekadar tidak menghormati hak kedamaian rakyat Palestin tetapi juga merendahkan peranan PBB yang memiliki autoriti tersendiri. Amerika Syarikat terus bertepuk tangan dalam pesta keramaian di tebing Gaza sambil menghirup darah ribuan umat Islam Palestin.

Demikian situasi saudara kita di sana. Di Malaysia 500 orang tampil dengan penuh semangat menyatakan kebencian dan kemarahan terhadap Amerika Syarikat di atas peristiwa tebing Gaza. Namun kehadiran 500 orang ini menandakan masih ada jutaan saudara kita yang masih belum digerakkan untuk menyatakan pendirian yang sama. Masih ada jutaan lagi saudara kita yang belum dikerahkan peranan mereka.

Maka, ayuh kita raikan Intifadha Palestin di tanah air kita. Kita lancarkan Intifadha tersendiri mengikut haluan kita. Bukan dengan perperangan tetapi dengan Gerakan Kesedaran Ummah agar setiap jiwa rakyat Malaysia menjiwai kesengsaraan saudara kita di Palestin.

Kita mungkin sudah terlepas peluang untuk berjasa pada Intifadha pertama dan kedua. Ramai saudara kita yang telah bergembira dengan kejayaan Intifadha berkenaan. Oleh itu kita perlu khuatir akan ketiadaan Intifadha ke empat. Rebutlah peluang sementara ruang masih terbuka.

Sedikit Pandangan Untuk Bola Sepak Malaysia 0 comments

KITA JANGAN TERLALU BERI TEKANAN

Penulis cukup terhibur apabila dapat menyaksikan kelincahan allahyarham supermokh walaupun hanya melihat aksi tersebut di kaca komputer melalui laman web youtube. Aksi tahun 1970an itu benar-benar memukau sehingga saya merasakan tidak ada perbezaan diantara Harimau Malaya dengan pasukan antarabangsa yang lain.

Aksi sebelum kelahiran penulis itu amat menakjubkan apabila pasukan gergasi negara lain berjaya ditundukkan meskipun pasukan Harimau Malaya baru sahaja menjengah ke dunia antarabangsa. Mengalahkan Amerika Syarikat pada 1972 dalam kejohanan Olimpik, menewaskan Korea Utara pada Sukan Asia 1974, membenam pasukan Arsenal dengan dua gol berbalas kosong pada tahun 1974, dan mengikat pasukan England ‘B’ dengan jaringan satu sama pada tahun 1978 merupakan suatu sejarah yang cukup berharga untuk pasukan Bola Sepak Negara.

Apa yang lebih menarik ialah kejayaan pasukan Negara pada ketika itu terlalu berkait rapat dengan kualiti pemain yang cukup bertenaga seperti Allahyarham supermokh, R.Arumugam atau gelarannya Spiderman, dan Hasan Sani yang digelar sebagai lipas Kudung. Mereka mencorak kebolehan peribadi yang cukup tinggi sehingga membawa Malaysia ke puncak yang cukup gemilang. Pada waktu itu juga kejohanan seperti Pesta Bola Merdeka merupakan lubuk yang menjadi batu loncatan kepada pasukan Negara untuk bergelar juara.

Seperti biasa nada kekecewaan tidak dapat dielakkan apabila berbicara mengenai situasi terkini bola sepak tanah air. Sejarah yang ditonton sering kali mengundang kecaman kepada generasi penerus Harimau Malaya yang masih berjuang sehingga ke hari ini. Seluruh masyarakat seakan-akan menjadi pengadil yang menyaksikan dan menilai kekalahan demi kekalahan yang ditempa. Perkara ini seterusnya membawa segala macam komentar negatif yang menghempap pasukan kebangsaan sehingga motivasi yang diharapkan bertukar menjadi kecaman demi kecaman. Maka hal ini sudah pasti memberi tekanan maksima kepada pasukan muda Negara yang semakin buntu dalam mencari penawar kekalahan.

Apakah tekanan ini merupakan cara yang terbaik untuk dijadikan agen pembaik pulihan pasukan bola sepak Malaysia? Kita perlu menyedari bahawa pasukan Harimau Malaya telah diberikan tekanan moral sejak kemeruduman tahun 1990 an dan sehingga kini kebuntuan yang sama masih berlaku. Penulis merasakan kebuntuan yang tidak ada penyelesaian ini mungkin disebabkan tekanan melampau yang telah meruntuhkan motivasi para pemain muda Negara. Jika dahulu gelaran sebagai pemain Malaysia sudah pasti mengundang kebanggaan dalam diri para pemain, namun hari ini para pemain muda Malaysia sering mendapat kecaman akibat daripada kelemahan yang berlaku biarpun kelemahan tersebut tidak dihasilkan pada zaman mereka.

Sememangnya kita wajar mengkritik kesilapan yang berlaku, tetapi janganlah kritikan tersebut berbaur penghinaan yang boleh menjatuhkan motivasi pemain muda Negara. Masyarakat perlu mencuba cara baru setelah melihat tekanan yang diberikan selama ini hanya mengundang kepada kebuntuan yang berpanjangan. Kenapa tidak ada lagi gelaran diberikan kepada pemain muda Negara seperti mana yang diberikan kepada supermokh? Mungkin gelaran seperti inilah yang memberi motivasi kepada Allahyarham sehingga beliau terus mencatat nama dipersada antarabangsa. Masyarakat perlu memberi peluang kepada pemain muda ini untuk membuktikan sesuatu dengan memberi sokongan yang padu dan meletakkan keyakinan yang tinggi kepada mereka. Dengan cara ini akan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk menggalang kepercayaan seluruh warga Malaysia yang tidak boleh dipersiakan.

Secara peribadi, penulis dapat melihat potensi-potensi muda yang memiliki kridibiliti yang tinggi untuk bergelar lagenda baru bola sepak Malaysia. Nama-nama seperti Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, Safee Sali dan Hardi Jaafar merupakan potensi muda yang perlu diberi peluang untuk membuktikan sesuatu. Jika Allahyarham Mokhtar Dahari menggunakan lebih daripada sepuluh tahun untuk mencipta sejarah, maka kita perlu peluang yang sama untuk generasi muda ini.

Sedikit pandangan untuk pendokong Bola Sepak Negara, penulis ingin memetik bicara seorang penganalisis yang mengatakan prestasi bola sepak Negara tidak akan berubah selagi mana bola sepak tidak dijadikan budaya dalam masyarakat. Beliau mengatakan inilah intipati yang boleh dicungkil daripada lagenda supermokh yang menjadikan bola sepak sebagai budaya hidup yang perlu diamal dan dijaga. Ini juga intipati amalan pemain antarabangsa seperti Ronaldinho yang sejak kecil menjadikan bola sepak bukan sekadar hobi tetapi sebagai budaya harian.

Adui.. Pening pening 0 comments

Lelaki dan Perempuan Ajnabi boleh berjabat tangan ???
Inilah kita panggil tajdid hukum di alaf baru.

Nanti, esok, lusa, tulat atau bila-bila masa,
kita akan nampak budak-budak sekolah main salam salam lepas tu pegang-pegang tangan.

Bila kita tegur,
Mereka akan cakap
Kami ikut Fatwa

Sejauh mana kita mampu mengawal perkara ini dari menjadi budaya???

Sebelum difatwakan, perkara haram ini telahpun menjadi budaya.

Penghinaan Bertopengkan Komedi 0 comments


BANNED :YOU DON'T MESS WITH THE ZOHAN: BANNED


Filem arahan Dennis Dugan dan lakonan Adam Sandler ini tanpa segan silu mempermainkan kesucian Intifadha umat Islam di Palestin. Dengan bertopengkan sense of comedy filem ini mengajak masyarakat dunia untuk melihat gerakan rakyat palestin sebagai sesuatu yang boleh diketawakan. Jika filem Fitna dapat dikesan dengan begitu mudah sehingga pengarah filem tersebut dikecam oleh umat seluruh dunia, maka cara baru ini seakan-akan membuahkan hasil apabila umat Islam sendiri turut ketawa dengan adegan komedi yang menghina.

Biarpun mesej filem ini seakan-akan menyeru kepada perdamaian Palestin dan Israel, namun gambaran sekali imbas yang dipamerkan cukup menghina umat palestin yang jauh berbeza daripada apa yang digambarkan. Filem ini juga seakan-akan cuba melahirkan sentimen simpati dunia kepada Israel yang kononnya turut mencintai perdamaian dan keharmonian. Apa yang ketara ialah filem ini meletakkan umat Islam sebagai pelopor keganasan dunia apabila nama-nama gerakan seperi Hamas dan Hizbullah dinyatakan secara terang dan jelas sebagai Terroris.

Mereka tidak akan berhenti di sini.
Umat Islam telah diberi amaran.






Kuala Terengganu Medan Pakatan Rakyat 0 comments

Secebis Rasa Dari Seberang.

"Kalau benar pakatan rakyat kuat, maka buktikan di Kuala Terengganu". Cabaran seorang sahabat kepada penulis. Mungkin berbaur sedikit pesimis dan emosi, namun cabaran itu mengetuk kepala menulis mengenai realiti yang sebenar. Pakatan Rakyat selama ini sibuk dengan kempen pujuk memujuk untuk membentuk kerajaan secara lompat melompat. Maka Pakatan Rakyat perlu jadikan Kuala Terengganu sebagai medan untuk membuktikan kekuatan disamping mengubat maruah yang sudah tercalar akibat kempen 16 September yang menghampakan.

Rakyat memang sudah jemu dengan pemerintahan yang sedia ada tetapi Pakatan Rakyat juga perlu ingat bahawa rakyat juga sudah jemu dengan alasan yang diberikan oleh pembangkang setiap kali kalah dalam pilihanraya. Kuala Terengganu perlu dijadikan medan pembuktian bagi menjawab segala persoalan yang membelengu Pakatan Rakyat.

Dalam pilihanraya kecil ini rakyat bakal menilai kesepaduan sebenar Pakatan Rakyat yang tidak berlogo. Dalam pelihanraya kecil ini rakyat bakal menilai kemampuan sebenar Anwar sebagai ketua pembangkang yang masih dirantai mahkamah. Dalam pilihanraya kecil ini juga rakyat bakal menilai keutuhan dasar keIslaman Pas yang seakan-akan sudah sedikit tercalar akibat toleransi pilihanraya Umum yang lepas. Maka semua persoalan ini perlu dijawab dengan sebaik mungkin oleh Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu.

Secara peribadi, penulis masih merindui situasi parlimen 1999 yang sehingga kini masih menjadi tontonan umum di laman web terbuka seperti Youtube biarpun hanya Pas yang mendominasi pembangkang pada ketika itu. Ke'izahan ulama seperti Almarhum Tuan Guru Ustaz Fadhil Nor berjaya membawa Malaysia ke gerbang rasional berlandaskan Islam biarpun berhadapan dengan tokoh sekular dari parti yang bertentangan. Ditambah lagi dengan kelibat YB Husam Musa, Mohd Sabu, dan Mahfuz Omar yang lantang berhujah berdasarkan fakta menjadikan parlimen seakan-akan dikuasai pembangkang.

Biarpun jumlah penguasaan pembangkang pada hari ini adalah jauh lebih besar berbanding tahun 1999, namun ke'izahan yang dirasakan pada tahun 1999 seperti tidak berulang. Parlimen sibuk dengan material duniawi tanpa ada perbincangan yang membawa kepada peningkatan pengetahuan agama. Penulis masih teringat antara isu yang dibawakan oleh Almarhum Tuan Guru Ustaz Fadhil Nor adalah isu Teroris dan Memali yang berjaya membuatkan seluruh dewan terpaku seakan-akan sedang mendengar kuliah agama.

Maka muhasabah ini penulis berikan khusus buat Parti Islam Se-Malaysia. Mungkin boleh dijadikan Kuala Terengganu sebagai medan penggiat Islamisasi Politik Malaysia.



Let's Save The World 0 comments


Thank to ALLAH for our Peace and Harmony

But we can't close our eyes
Our friends are still crying
They need for more attention


Malaysian Goverment Should Do Something
DON'T just seat and do nothing



HARAPAN UNTUK LIMA NEGERI 1 comments




Siapalah penulis untuk memberi pesan kepada para pemimpin terbilang ini. Mungkin penulisan ini sekadar perahu usang di celah bahtera, siapalah yang hendak memandang. Namun biar capek pada pandangan orang tetapi penulis tetap yakin pada lisan yang memiliki bisa tersendiri. Bagai agin berduri yang lalu biarpun sejuk tetapi mampu mencalar. Warkah kali ini khusus ditujukan untuk pemimpin revolusi Lima negeri agar mereka mengetahui isi hati yang ingin penulis kongsikan.

Beberapa minggu yang lalu penulis ada menyemak makalah yang menceritakan peristiwa kemerdekaan tanah melayu. Makalah tersebut dihasilkan oleh seorang penulis yang mendakwa dirinya sebagai aktivis Burhan. Makalah beliau menjadikan benak ini seakan-akan mampat dengan bebanan yang cukup berat sehingga penulis tersadai berhari-hari memikirkan segala apa yang tercatat di dalam makalah tersebut. Apakah benar fakta sejarah yang selama ini disumbat ke dalam pemikiran anak bangsa Malaysia adalah palsu?. Jika benar, maka penggubal sistem pendidikan sedia ada perlu menanggung dosa bagi jutaan rakyat Malaysia yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dalam keadaan tertipu.

SETIAP DOSA PERLU DITANGGUNG...................................

Buku teks sejarah terlalu mengagungkan kehebatan pejuang kemerdekaan bermula tahun 1951 ke atas sehingga golongan ini dianggap sebagai pelopor utama kepada kemerdekaan negara. Walhal mereka inilah generasi baru yang menerima telunjuk penjajah yang juga musuh kepada Tok Janggut, Datuk Maharalela, Abdul Rahman Limbong dan ramai lagi pejuang yang berkorban sehingga ketitisan darah yang terakhir.

Nama seperti Ibrahim Yaakob dan Dr Burhanuddin Al Helmi digambarkan sebagai ekstrimis yang tidak digemari masyarakat pada ketika itu. Apakah fakta ini benar atau ada cerita lain disebalik kisah pesimis ini ?. Penulisan abad moden ini telah merungkai segala-galanya apabila makin ramai pencinta Negara tampil dengan kajian tersendiri. Apa yang jelas ialah Ibrahim dan Burhanuddin merupakan tokoh kebangkitan revolusi intelektual yang telah dinafikan hak mereka di dalam teks pendidikan sejarah negara.

APAKAH PENIPUAN INI AKAN TERUS BERLAKU?. Malaysia sememangnya sudah lali dengan kejumudan rakyat akibat daripada pemesongan fakta sejarah ini. Nama yang mulia akan terus terhina selagi mana generasi yang menghina terus berkuasa. NAMUN BUKANKAH KITA SUDAH MEMILIKI JALAN KELUAR UNTUK LIMA NEGERI YANG MEMILIKI TUAH TERSENDIRI?. Jadikanlah lima negeri ini sebagai langkah pemula dalam menobatkan kisah sejarah yang sebenar. Penulis tidak rela untuk generasi akan datang terus menerus menelaah sesuatu yang fakta yang palsu sehingga tokoh terbilang dianggap petualang.

PERAK, KEDAH, KELANTAN, P.PINANG DAN SELANGOR PERLU MEMULAKAN SESUATU YANG MAMPU MEROBAH SUASANA. Berikan rakyat peluang alternatif untuk mengenali sejarah secara telus dan tulus. Panglima negeri-negeri ini perlu menjadi pahlawan bagi membela semula nama tokoh yang dipersenda. Agar anak cucu mereka mampu tersenyum dengan penghargaan yang diberikan kepada nenek moyang mereka.

hasil soal selidik yang dijalankanBerita Harian terhadap 170 guru di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu,Johor, Labuan dan Selangor mendapati 62 peratus daripada mereka memilihuntuk kurang atau tidak menggunakan buku teks jika ada pilihan lain.Malah, kebanyakan guru terlatih dan mempunyai pengalaman mengajarsekurang-kurangnya lima tahun itu, menyifatkan buku teks sebagai bahanbantu mengajar yang tidak mengikut isu semasa serta kurang latihandalam mempersiapkan murid menghadapi peperiksaan.



Nah. Ambik kau.... Damainya Labuan 0 comments













Bunga di atas dirosakkan oleh sebilangan kecil manusia yang mungkin hilang ingatan mengenai akhlak dan adab. Apa salahnya si bunga sehingga dirobek dan dihambur sedemikian rupa. Radio Labuan menyatakan ini angkara vandalisme yang sengaja ingin merosakkan harta kerajaan. Tetapi ada juga pendapat awam yang mengaitkan tragedi ini dengan politik semasa. Wujud golongan yang tidak berpuas hati dengan pemilihan ketua UMNO cawangan yang dikatakan memiliki kuasa ke atas Perbadanan Labuan sekaligus bertanggungjawab dalam hal ehwal bunga tersebut. Oleh yang sedemikian bunga di atas menjadi sasaran untuk melepas kemarahan oleh golongan yang tidak berpuas hati dengan pemilihan tersebut.

Tidak perlu diperbincangkan mengenai persepsi agama berkaitan hal ini. Ini kerana didikan moral secara sekular juga amat menekankan konsep kesopanan dan akhlak yang mulia. Amat memeningkan kepala jika kita ingin mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan ini. Jika serangga perosak yang gemar memusnahkan tumbuhan boleh kita atasi dengan racun serangga, tetapi apakah pula ubat yang boleh digunakan untuk membasmi manusia perosak??

...........Tepuk kepala tanya otak.










Maka segenap lapisan pemimpin negara perlu bermuhasabah berikutan peristiwa ini. vandalisme tidak boleh dianggap perkara kecil kerana hal tersebut menggambarkan tahap pemikiran masyarakat. Kerajaan tidak perlu bercakap mengenai pemikiran kelas pertama atau soal mempertahankan negara jika tahap pemikiran rakyat masih ditakuk lama. Bagaimana rakyat akan mampu membela negara dalam keadaan penyakit vandalisme yang telah sekian lama meracuni masih tidak dapat diatasi. Jika inilah yang dikatakan sebagai kejayaan 50 tahun merdeka, maka perkara ini sudah pasti memalit arang di wajah Malaysia.


Apakah ubat sebenar bagi penyakit Vandalisme ini?.

Semangat Patriotik ?........ Sistem pendidikan?....... Nilai Rohani ?.......... Sejarah?.......... Kerajaan?.

Revolusi Budaya Dan Norma Mengganggu Sistem Nilai Manusia 0 comments

Perkembangan semasa norma pemikiran manusia di zaman ini kerap menimbulkan pertikaian yang mengganggu logika pemikiran yang biasa. Idea-idea baru yang lahir daripada pemikir moden cuba menghasilkan revolusi yang mendatangkan faedah untuk umat manusia. Hakikat yang perlu kita yakini ialah kelahiran skop pemikiran baru ini sebenarnya berasaskan motif yang positif yakni ingin memudahkan kehidupan manusia yang semakin dirumitkan oleh keadaan. Namun kesan yang berlaku adalah begitu kontra sehingga mampu menyebabkan berubahnya suasana semula jadi pemikiran manusia.


Isu Mak Nyah dan Tomboy, merupakan satu contoh revolusi minda manusia di abad moden ini. Di mana silapnya sehingga pemahaman ini berjaya membawa umat ke lembah penafsiran yang salah. Tomboy dan Mak Nyah kini sudah dianggap seperti perkara biasa yang menjadi hak asasi kepada mana-mana individu yang ingin menjadikannya sebagai ideologi peribadi. Jika dahulu masih ada segan dan silu untuk mempamerkan ideologi ini secara umum, namun hari ini mata kepala kita menjadi saksi bertebarannya fahaman ini sehingga boleh dianggap budaya.


Peradaban bangsa kita seakan-akan sedang berhadapan dengan situasi kepupusan yang amat menyedihkan. Budaya timur yang menjadi kebanggaan kita sudah diremukkan oleh peradaban lain yang sememangnya kelihatan ampuh tetapi hanya membawa kepada permasalahan yang lebih besar. Jika dahulu Mak Nyah dan Tomboy dianggap perkara jelik dan kerap disisih pandang oleh masyarakat, namun dunia hari ini seakan-akan mengiktiraf fahaman ini sehingga wujudnya perkahwinan sejenis di Negara-negara maju yang sedang kekeliruan nilai dan adat. Oleh itu perkara ini secara tidak lansung memberi gambaran bahawa masyarakat dunia sudah menghalalkan budaya-budaya songsang yang lain seperti Gay dan Lesbian.


Adalah tidak menghairankan jika konflikasi nilai ini berlaku di Negara-negara maju yang sedang berhadapan dengan krisis ketamadunan yang parah. Namun amat menyedihkan jika Negara kita yang memiliki intipati budaya yang agung turut sama dibelengu dengan krisis ini. Tambahan pula rakyat Negara ini sentiasa diharmonikan dengan didikan agama yang amat menekankan konsep akhlak, budaya dan kepercayaan. Maka apakah rasionalnya kita menerima budaya asing ini untuk dijadikan tambahan kepada budaya kita?. Budaya kesopanan yang sedia ada sudah cukup untuk kita jadikan adat pegangan disamping melakukan perubahan yang sejajar dengan rasional ilmu. Perlu diingatkan bahawa budaya turun temurun inilah yang menjadi pegangan generasi yang lalu dalam merintis kemajuan dan kebahagiaan yang kita rasakan pada hari ini.


Kita perlu menyedari bahawa norma ketuanan dan kedaulatan Negara kita sedang dirobek oleh teori asing yang masih gigih untuk menjajah kembali tanah pusaka kita ini. Adalah tidak molek untuk kita membiarkan hilangnya adab kesopanan dan tatasusila yang menjadi tugu kebangsaan kita pada suatu masa dahulu. Jadikanlah perjuangan menegakkan budaya ini sebagai hadiah Kemerdekaan kepada keringat nenek moyang kita yang telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Perkahwinan sejenis dan pengiktirafan Gay dan Lesbian bukanlah jalan penyelesaian yang mampu menjamin kesejahteraan masyarakat secara umum. Namun kesedaran rakyat untuk kembali memperjuangkan budaya yang asal adalah titik tolak kepada revolusi bangsa yang lebih rasional.


Mungkin sukar untuk mengubah persepsi dan amalan yang telah dibiasakan. Namun biarpun pahit dan pedih, kita perlu tegar untuk melakukan perubahan demi generasi yang akan datang. Kita telah mewarisi kesejahteraan hasil daripada budaya kesopanan generasi yang lalu. Namun apakah nasib generasi yang akan datang jika kita membiarkan revolusi songsang terus meracuni budaya kita pada hari ini?


untuk makalah PERSISME 08. Asriabdullah

Let's Make Our Move 0 comments









































There Are Keep Pulling Our Leg.
We Have No Time For These.
Lets Stick Together and bring out The Great Tsunami.



This Is Not Just A Matter Of Belief.
But it is also infecting the nature of ethic,moral and value.



If you are a normal person, your heart should be trembling hardly.

Singa Dunia Islam Moden 0 comments




Hanya setangkai selawat ku utuskan buat mu,
Tanda rindu ku kepada mu

Ucapan terima kasih ku syairkan buat mu,
Bukti cinta ku kepada mu

Namun ku pasti kan mengalir
air mata mu andai kau tahu
ummah mu kini telah kembali
mencalari agama mu


lirik lagu Simfoni Rindu kumpulan Nasyid Harmoni SMK A Kota Kinabalu

Syuhada dunia kita. 0 comments







Indahnya menemui syahid.

Ganjaran Allah buat mereka yang mulia.

1. Dosanya diampunkan disaat titisan darahnya yang pertama
2. Allah membuka pandangannya untuk melihat tempatnya di syurga
3. Akan diselamatkan dari azab neraka yang maha pedih
4. Akan dilindungi dari kedasyatan paling akbar
5. Dihadiahkan di kepalanya mahkota kewibawaan, yaitu mutiara yaqut yang lebih baik
daripada dunia dan isinya
6. Akan dinikahkan dengan 72 bidadari, juga memberi syafaat kepada 70 orang
kerabatnya

Hadith riwayat Termidzi


Mereka berusaha mencipta ruh bagi rangka perjuangan yang belum sempurna

Apakah Darjat Untuk Mereka? 0 comments

Al Fatihah

Imam Samudera, Amrozi dan Muklas.

kini bersemadi. Selamat, Aman Dan Makmur.




artikel ini sekadar pipit yang bersahut menarik pemburu. Mudah-mudahan semangat perjuangan kita akan terus membara.

Ayuh, Galang Biduk Revolusi Ke Puncak Bitara 0 comments




Kini sudah sampai masanya untuk kita merasa nikmat hujan panas yang sebenar. Segala perit ranjau yang dihadapi di alam kampus selama ini hanyalah secebis daripada kalimah kepayahan yang bakal kita hadapi kelak. Maka bersedialah dengan segenap persediaan agar segala kejutan dapat kita serap sebagai para du'at yang sememangnya sudah terlatih. Keadaan di dunia luar bukanlah sekadar menumbuk padi hampa yang boleh dianggap remeh untuk dikesampingkan.

Maka burulah kepahitan sehabis mungkin agar diluar kelak segala bisa sudah menjadi biasa. Jangan mimpikan keselesaan kerana laluan ini hanya ada satu daripada dua jawapan iaitu Kemegahan Daulah bersama Islam atau kedamaian abadi disisi Tuhan.


Apa yang penting ialah, di penghujung dunia ini kita perlu mencari ruang untuk mencipta peluang. Di puncak sana ada sesuatu yang menanti dan akan menjadi alas bicara bagi mereka yang telah berjual beli dalam perjuangan ini.

Ayuh, Galang Biduk Revolusi Ke Puncak Bitara

Sekadar perkongsian Usrah 0 comments

KEPIMPINAN MELALUI PERSEPSI AD-DEEN (Siri I)

Pengertian :

Kepimpinan dalam Islam merupakan usaha menyeru manusia kepada kebaikan dan melarang manusia daripada keburukan.Manakala pemimpin pula merupakan seorang ahli dalam kumpulan yang diharap dapat menggunakan pengaruh untuk melaksana dan mencapai matlamat kumpulan.Pemimpin yang amanah ialah seorang yang mampu memimpin kedudukan dan bukan seseorang yang menggunakan kedudukan untuk memimpin.

Ciri-ciri kepimpinan Islam :

1) Setia (Wala) -
Pemimpin dan pengikut terikat dengan wala terhadap Allah S.W.T.

2) Matlamat Islam yang menyeluruh(global)-
Pemimpin melihat matlamat organisasi bukan saja berdasarkan kehendak kumpulan
tetapi dalam skop objektif Islam yang luas.

3) Mengikut Syariah dan Akhlak Islamiah. -
Pemimpin sentiasa terikat dengan peraturan-peraturan Islam dan boleh terus
memegang amanah kepimpinan selagi mana boleh mengikut perintah syariah.
Semasa mengendalikan tugas dan tanggungjawab, dia mestilah mengikut
adab-adab Islam terutamanya semasa berhadapan dengan musuh.

4) Memberi Thiqah. -
Pemimpin menerima kuasa sebagai amanah daripada Allah yang disertai
tanggungjawab yang besar. Para pemimpin disuruh oleh Allah S.W.T. supaya
melaksanakan tanggungjawabnya terhadap Allah S.W.T. dan menunjukkan kebaikan
kepada para pengikutnya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Ertinya:
“Orang-orang yang Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya
mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang
ma’aruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan kepada Allahlah
kembali segala urusan.” (Surah al-Maidah : 8)

PRINSIP ASAS KEPIMPINAN ISLAM :

1. Konsep Syura : Ia merupakan prinsip pertama dalam kepimpinan Islam. Para pemimpin Islam wajib melaksanakan syura dengan orang yang dapat memberikan pandangan yang baik. Ertinya: “Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah as-Syura: 38)

2. Konsep Adil : Pemimpin hendaklah berlaku adil dalam menjalankan tugasnya tanpa melihat kepada bangsa, warna kulit ataupun agama. Sifat-sifat buruk seperti dendam, hasad dan sebagainya bukan menjadi sifat pemimpin Islam. Walaupun terhadap orang yang dibencinya namun tidak menghalangnya melakukan keadilan dan memberi hak yang saksama terhadap orang yang dipimpinnya. Allah telah berfirman: Ertinya: “Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Maidah : 8)

3 Konsep Bebas Beri Pandangan : Pemimpin Islam mestilah menyediakan ruang yang membolehkan orang yang dipimpinnya bebas memberi pandangan dan idea yang membina. Peluang diberikan sepenuhnya kepada orang yang dipimpin menyampaikan pandangan secara bebas dan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan. Kedudukan sebagai seorang pemimpin bukan menjadi halangan untuk menjelaskan kebenaran. Inilah yang menjadi amalan umat pimpinan Khulafa al- Rasyidin yang sanggup menegur peminpin dengan amaran mata pedang jika pemimpin mereka melakukan kesilapan. Tegasnya, kepimpinan Islam bukanlah satu bentuk kepimpinan yang zalim. Islam mewajibkan seseorang pemimpin mesti bersikap adil, berunding dan sentiasa hormat menghormati antara pemimpin dan yang dipimpin. Seseorang pemimpin bertanggungjawab bukan sahaja kepada para pengikutnya tetapi yang lebih berat ialah tanggungjawab terhadap Allah S.W.T.

KESIMPULAN AWAL :


Kita selaku umat Islam perlu sentiasa berusaha untuk memperkasakan diri dengan sifat kepimpinan yang sebenar. Hanya kepimpinan melalui Islam dapat mencorak masyarakat sejajar dengan hasrat Al Quran Dan As Sunnah. Kepimpinan Islam yang cemerlang akan bertindak sebagai mangkin utama dalam melahirkan generasi mukmin yang berbitara. Mudah-mudahan dengan usaha ini kita akan sentiasa berada di bawah rahmat dan naungan Allah S.W.T dalam mengecapi zaman kegemilangan Islam kali kedua.

“Pimpinlah Diri Kamu, Kamu Akan Memimpin Dunia”


www.bingkisanaku.blogspot.com untuk BADAR SMK(A)Kota Kinabalu

Beri Masa Untuk Pilihanraya Kampus (PRK). 0 comments



Dalam satu semester, masa seseorang mahasiswa sememangnya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan samada program tersebut berbentuk akedemik mahupun bukan. Setiap jiwa mahasiswa sentiasa terisi dengan pengisian masing-masing berdasarkan matlamat dan halatuju tersendiri. Bagi yang mencintai aktiviti kemahasiswaan, maka masanya akan cuba dipenuhi dengan pelbagai bentuk aktiviti kemahasiswaan. Bagi yang memfokuskan akedemik pula, sudah pastilah pusat fotostate, perpustakaan, dan study group menjadi destinasi harian. Tidak kurang juga bilangan mahasiswa yang cenderung kepada kedua-dua aspek akedemik dan aktiviti kemahasiswaan. Apa juga kecenderungan seseorang mahasiswa itu, terdapat waktu-waktu tertentu yang memerlukan seluruh mahasiswa memberi fokus dan kecenderungan yang sama.


Kecenderungan yang pelbagai ini dilihat menjadi titik pemisah dan boleh menyebabkan sesuatu aktiviti yang dijalankan oleh pihak Universiti mahupun mana-mana persatuan lain kelihatan lesu. Mahasiswa lebih gemar memacu halatuju sendiri sehingga kurang memberi perhatian kepada keadaan dan suasana sekeliling. Dalam konteks Pilihanraya Kampus yang sedang melanda seluruh IPTA Malaysia, tumpuan seluruh mahasiswa amat diperlukan bagi memastikan salah satu daripada agenda besar Universiti ini dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Selain peperiksaan akhir (Final Exam),detik Pilihanraya Kampus merupakan satu keadaan yang memerlukan sokongan padu mahasiswa untuk menjamin kejayaannya.


Pilahanraya Kampus merupakan sebuah aktiviti kemahasiswaan yang diadaptasi daripada sistem politik Kenegaraan (Kepartian). Disinilah jiwa dan semangat patriotik dapat diasah dalam jiwa mahasiswa untuk tampil kehadapan dengan lagak seorang pemimpin yang berkarisma dan berkredibiliti. Calon-calon yang berjiwa besar ini cuba terjun ke lambah kepimpinan kerana merasakan diri mereka bertanggungjawab terhadap sesuatu yang perlu diubah atau dirombak. Kalah menang bukan menjadi perhitungan tetapi kesungguhan mereka untuk membela masyarakat kampus sudah layak untuk diberi pujian. Maka seluruh mahasiswa perlu memberi sokongan kepada mereka yang berjiwa besar ini agar semangat yang membara tersebut akan terus mencipta revolusi yang akan membawa faedah kepada semua pihak.


Mahasiswa perlu memberi sokongan yang padu sepanjang proses pilhanraya kampus ini dijalankan. Persepsi negatif yang pernah telintas difikiran tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita memulaukan proses Pilihanraya Kampus ini. Kita pernah melakukan penilaian dan kesimpulan terhadap kepimpinan pelajar yang lepas. Maka atas dasar inilah kita perlu memberi sokongan penuh terhadap calon-calon pemimpin yang bertanding agar penilaian yang lepas dapat kita ubah menjadi sesuatu yang lebih baik dan cemerlang. Sekiranya kepimpinan yang lepas dikatakan kurang mesra masyarakat, maka pilihanraya kali ini undilah pemimpin yang mesra kepada semua. Jika pemimpin yang lepas disimpulkan sebagai kurang berani berhadapan dengan pentadbiran, maka kali ini undilah pemimpin yang memiliki karisma yang lebih berkualiti.


Sesungguhnya undi kita merupakan sumbangan dalam mencatur masa hadapan kampus ini. Apakah kita ingin membiarkan generasi akan datang mewarisi kedhaifan yang kita rasakan pada hari ini?.


Ayuh mahasiswa, berikan sedikit masa anda untuk Pilihanraya kampus.


Sekadar Mengisi Masa 0 comments

Naruto : Just A Comic ???


I'am Not The Fan Of This Comic. But
This Comic Reminds Me About Something Very Important

Does The Japanese Know About The Meaning Of Jihad?
But This Comic is Telling Us The Interpretation Of Jihad.



Jihad Is Not Just A Term Of Philosophy.
We Have To swim Deeply To The Real World.
We Have To Become The Real Jihadist
So That, The True Meaning Of Jihad Will Come To Us.
My apolagize on grammatical error

Langkah awal bermula 0 comments

Anak sekolahan perlu diberi tumpuan dalam usaha memupuk kelahiran generasi Islami. Apakah kaedah yang selama ini menjadi tumpuan kita benar-benar mendatangkan hasil yang memuaskan? Fahaman penggerak kampus bahawa Universiti sebagai medan latihan tarbiyah seakan-akan menjadi benteng jawapan terakhir bagi menjawab kelesuan Jemaah Islam Kampus yang semakin meruncing. Apakah masih sesuai untuk kita katakan Universiti sebagai medan latihan?. Apakah implementasi latihan ini benar-benar berkesan atau kita hanya masih berbangga dengan kejayaan ikon yang lalu tanpa ada kelahiran tokoh baru.





1,2 DAN 3 MEMILIKI ASAS TEORI YANG MUNGKIN SAMA.

TETAPI ADAPTASI YANG SANGAT BERBEZA







TEORI 1 DAN 2 PERLU BERGERAK PANTAS

UNTUK MEMBINA TEORI 3


Masalah masyarakat kian meruncing. Kita masih dengan cara yang lama. Revolusi dakwah perlu disemarakkan.

Sekadar pandangan.


Bawalah mad'u ke alam realiti. Jangan sampaikan sesuatu yang mereka tidak dapat jiwai. Rata-rata mereka sudah memiliki pengetahuan. maka asuh jiwa mereka biar menjiwai setiap pengetahuan yang ada.
Ini realiti kita.




Ini bukan hanya masalah mereka. Ini adalah masalah kita.
Jangan tenggelam dengan semangat yang tidak menentu.
Kita berhadapan dengan realiti kita.


"Usah risaukan nasib kami, kerana kematian kami sudah pasti syahid. Tetapi kalian belum pasti menemui syahid. Maka berhitunglah diatas perjuangan kalian". Hamas.

Harapan Ku. 0 comments

Mentari senja ini merupakan yang terakhir buat ramadhan.
Aku masih ingin melihatnya buat beberapa ketika lagi.
Namun mentari itu tetap pergi dengan warisan yang cukup berharga.
Ramadhan datang dan berlalu pergi membawa janji kekasih.
Aku tetap tegar menanti kedatangannya lagi.
Biarpun ianya suatu janji yang tidak pasti.

nukilan : Surya Al-labuani

Di Manakah Kita??? 0 comments


Ayuh keluar dari kepompong selesa.
Terjun ke lembah perjuangan sebenar

Alahai Hiburan 0 comments

Isu Battle Of The Band. Isu Kuno Untuk Pemikir Lapuk.

Fahami Isu.


Pertama setiap mahasiswa Islam perlu memahami isu dengan baik. Isu Battle Of The Band sebenarnya tergolong dalam rangkuman isu hiburan yang sedang menghujani bukan sahaja UMSKAL tetapi semua IPTA dan IPTS lain. Sememangnya tidak terdapat tegahan dalam Islam mengenai hiburan sebagai hak asasi ummat, tetapi konsep hiburan ini perlu diperhalusi dengan cara yang terbaik. Hiburan melampau ini memerlukan satu konotasi yang pasti agar setiap mahasiswa Islam memperolehi suatu guideline yang tetap mengenai apa yang ditafsirkan sebagai melampau.

Masalah yang timbul ialah intepretasi yang pelbagai mengenai istilah melampau menyebabkan percanggahan ini takkan berkunjung sudah. Bagi pihak pro dakwah, mereka mentafsirkan istilah melampau berdasarkan kefahaman mereka walhal dalam masa yang sama peminat hiburan memiliki tafsiran mereka yang tersendiri. Oleh itu perkara ini perlu diselesaikan dengan meminimakan perselisihan pandangan kearah mencari satu titik pertemuan. Kita perlu berusaha keras ke arah memberi kefahaman yang jelas kepada masyrakat kampus. Biar mereka faham mengenai tajuk, isi penting, bukti, contoh dan fakta. Dengan cara ini isu hiburan melampau akan dapat kita bicarakan dengan lebih ilmiah disusuli penerimaan yang baik oleh masyarakat kampus.

Melampau: Tafsiran Kita



Melampau : Tafsiran Mereka





Cegah, Ubah, Atau Alternatif.

Cegah, ubah, atau alternatif. ini merupakan pilihan yang kerap kali menjadi percaturan kita apabila membincangkan masalah hiburan. Sterategi ini seolah-olah telah menjadi manual tetap kepada penggerak dakwah dalam berhadapan dengan isu yang tidak pernah selesai ini. Sedar atau tidak kita sering menjadi pencatur buat mereka sedangkan dalam masa yang sama kita jarang memberi mereka peluang untuk memilih alternatif sendiri. Pandangan pesimis penggerak dakwah terhadap pencinta hiburan menyebabkan krisis kefahaman ini bertukar kepada krisis peribadi akibat fanatik yang tidak menentu. Kita perlu mengakui bahawa kita kerap tersenyum sinis apabila mereka mencadangkan kewujudan Karaoke Box atau Kbox di blok kolej kediaman. Namun tidakkah kita terfikir bahawa cadangan mereka itu mungkin dihasilkan atas toleransi kesedaran mereka yang sudah mula untuk menghormati agama.





MENCEMASKAN !!!!! 0 comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada awal ogos 2008 yang lalu, penulis berkesempatan untuk menghadiri jamuan penganugerahan watikah selaku ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang bertempat di sebuah restoren mewah yang bernama Atmosphere. Restoren berkenaan terletak di dalam sebuah bangunan slinder yang tersergam indah dan merupakan hak milik mutlak kerajaan negeri Sabah. Apa yang menarik perhatian saya ialah, restoren mewah ini bukan sahaja menghidangkan makanan eropah sebagai sajian utama tetapi turut menyediakan minuman keras sebagi menu harian.

Sekiranya dilihat secara sepintas lalu, rekaan dalaman restoren ini tidak ubah seperti sebuar bar mewah yang direka khusus buat golongan kelas atasan. Saya semakin tertarik apabila memikirkan bagaimanakah restoren mewah yang menghidangkan minuman keras ini boleh berada didalam sebuah bangunan kerajaan negeri yang bertanggungjawab mentadbir rakyat.
Tambah menyedihkan apabila bangunan tersebut juga merupakan pusat kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam memberi biasiswa kepada ribuan anak negerinya yang memerlukan bantuan halal dan suci.

Kadang-kadang akal ini terfikir juga mengenai humoriti yang wujud. Patutlah negeri Sabah ni pentadbirannya agak lintang pukang ,rupa-rupanya para pemimpinya selalu mabuk. Ibarat ketam mengajar anak berjalan lurus. Perkara ini amat sesuai untuk kita kaitkan dengan keadaan politik semasa yang berlaku di Sabah. Ada yang dilaporkan terlibat dengan rasuah berjuta-juta dan ada juga yang kalah judi berjuta-juta.


Apabila merenung permasalahan ini, beberapa persoalan telintas di pemikiran saya. Antaranya ialah, siapakah mungkin pelanggan restoren mewah berkenaan?, adakah restoren berkenaan di buka secara bebas sedangkan ia berada di dalam bangunan kerajaan?, Adakah arak menjadi pelaburan bangunan kerajaan tersebut?, dan jika arak menjadi pelaburan, apakah status biasiswa yang telah diberikan kepada ribuan anak negeri tersebut?. Persoalan-persoalan ini ingin saya kongsikan bersama agar jawapannya dapat kita fikirkan justeru menjadi pedoman dalam menilai kondisi Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Ini bukanlah persoalan kenegerian, tetapi seluruh masyarakat khususnya mahasiswa perlu melihat hal ini sebagai satu wabak yang telah menjangkiti peradaban negara kita. Mana bisa sepotong kek apollo yang sedap dapat dihasilkan jika tepung adunannya sudah rosak dan berulat. Maka kebejatan ini perlu kita robah dari peringkat asasi sehingga revolusi rakyat yang lebih bersih dapat kita hasilkan. Mahasiswa perlu agresifkan The Movement Of Revolusion


"Hidupkan Siswa, Bersihkan Rakyat.
Coretan fikrah:Asriabdullah

Ayuh Asuh Karisma 0 comments

Karisma biasanya hanya terlihat apabila seseorang individu tampil dikhalayak masyarakat. Individu tidak memiliki sebarang hak untuk melabel karisma pada diri sendiri tetapi yang layak menjadi juri hanyalah masyarakat. Oleh itu persediaan untuk tampil dihadapan khalayak perlulah diberi perhatian yang rapi dan terperinci.

Tetapi perlu diingat bahawa seseorang pemimpin perlu membina karisma atas dasar keikhlasan dan ketulusan. Sebarang sifat hipokrasi tidak mendatangkan sebarang faedah bahkan akan membebankan individu itu sendiri. Karisma yang dipamerkan melalui keikhlasan akan terus menjadi aset bagi seseorang pemimpin biarpun tidak lagi bergelar pemimpin.

Tips asas membina karisma :
(Cuplikan dari myAdha.Blogspot.com)

1. Lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan atau maklumat mengenai apa yang akan disampaikan.

2. Gunakan bahasa yang kemas dan tersusun.

3. Gaya bercakap yang dinamis dan sangat berkeyakinan.

4. Penampilan kemas,sopan dan menyenangkan.

5. Tonjolkan diri sebagai orang yang bertenaga, penuh semangat dan aktif.

6. Gaya berjalan, duduk dan berdiri juga harus diberi keutamaan.

7. Ikhlas dan tulus.

INTRO PRK 0 comments

Pertandingan Karisma.

Pilihan Raya Kampus 09 sudah semakin hampir. Kunjung tinjau memperlihatkan rata-rata kampus sudah mula mencatur sedikit sebanyak persediaan untuk bertempur. Banyak kampus sudah pun memulakan gerak kerja seawal yang mungkin dan tidak kurang juga yang belum memulakan lansung sebarang agenda persediaan. Apa jua sterategi samada bersedia atau tidak adalah tertakluk kepada mereka yang semestinya lebih memahami situasi kampus masing-masing.

Apa yang penting ialah, PRK merupakan satu gelanggang yang menjadikan karisma sebagai pengukur kemenangan. Sedikit perbezaan dengan PRU, PRK tidak memperlihatkan persaingan ketara antara Parti ataupun pakatan. Namun karisma yang dimiliki individu tertentu menjadi aset utama yang menghasilkan kemenangan. Berbeza daripada PRU yang memperlihatkan jiwa pengundi sudah melekat kukuh pada parti idaman ataupun parti keturunan. Maka faktor individu tidak lagi dilihat penting asalkan parti yang diminati terus menang dan menang. Oleh itu saya amat tertarik dengan kata-kata seorang sahabat yang mengatakan apabila jiwa pengundi sudah mencintai sesuatu parti, maka calon parti berkenaan pasti akan menang biarpun calon tersebut adalah batu ataupun tunggul kayu.

Karisma... Wacana ini merupakan istilah yang sering dipalu semasa proses kempen berjalan. Ramai calon yang berusaha mempamerkan karisma yang dimiliki secara peribadi ataupun melalui sahabat yang melobi. Namun apakah calon-calon berkenaan memberikan intepretasi karisma yang sebenar semasa berkempen ??? . Penulis optimis bahawa masih ramai calon yang bukan sahaja tidak memiliki aplikasi karisma yang baik, tetapi juga tidak memahami frasa karisma yang sebenar.

Definisi : Karisma

Menurut kamus Dewan edisi ke-tiga Karisma membawa maksud sifat-sifat tertentu seseorang individu yang menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kepada khalayak ramai. Keadaan ini juga digelar sebagai heroism yang boleh menyebabkan seseorang tokoh itu diminati dan dipuja oleh pengikutnya.

Memetik ungkapan Tony Alesandra dalam bukunya yang bertajuk “Charisma : Seven keys to developing the magnetism”, beliau menyifatkan karisma sebagai kemampuan seorang pemimpin untuk menyampaikan visi dan misinya dengan jelas sehingga pengikutnya tidak merasa keliru dengan halatuju perjuangannya.

Sekadar Persepsi Kontra 0 comments

Apa Halatuju Sebenar?

Mula-mula tertubuhnya PMN (Parti Mahasiswa Negara), dan kini Gamis pula menjadi NGO. Tidakkah method sterategi ini seperti terlalu jelas untuk dibaca? Apakah halatuju Gamis juga adalah politik? Pemikiran luar kotak yang sentiasa dicanang seakan-akan menggambarkan sesuatu yang terlalu abstrak sehingga ahli sendiri tidak memahaminya.

Perkembangan terkini Gamis seakan-akan mencari publisiti dicelah kekalutan massa. Gamis perlu sedar bahawa fungsi Gamis sebagai front perjuangan mahasiswa masih banyak menimbulkan persoalan. Dalam melangkah ke jendela baru Gamis dilihat perlu memperkasa hebahan mengenai peranan Gamis sebagai wasilah kebangkitan mahasiswa.
Perlu dibezakan diantara keluar gelanggang dengan mencipta gelanggan agar perjuangan kita tidak disifatkan sebagai perjuangan SS (Syok sendiri)

Memetik bicara bekas aktivis mahasiswa:

"Bahkan hasil pemerhatian saya, gerakan mahasiswa kini terutamanya Gamis seperti telah kehilangan hala tuju perjuangan”. (Wan Nordin Wan Yaakob, Harakah daily 26 Jun 08)

“Jika matlamat Gamis untuk menghimpunkan kesemua Persatuan Mahasiswa Islam seluruh Institusi pengajian Tinggi, maka setelah menjadi NGO gerakan mereka ternyata akan berbeza daripada Gamis sebelum ini” (Zaharuddin Abdul Rahman, Harakah Daily 26 Jun 08)

Dari aspek halatuju, manifestasi yang jelas perlu dibuktikan. Rakyat secara umum tidak memiliki pengetahuan yang jelas mengenai objektif perjuangan Gamis. Berbanding Prowaris, Abim, Jim, dan GPMS,Gamis lebih gemar tampil dalam demonstrasi dan mempamerkan mentaliti kebebasan mahasiswa yang libral.

Apakah Arus Sebenar Persatuan Mahasiswa Islam?

Konsep Amar Makruf Nahi Mungkar menjadi dasar hala tuju perjuangan kampus setelah melihat suasana pengamalan budaya ilmu yang bobrok. Konsep ini juga menjadi pegangan mana-mana gerakan yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan (rujukan YAB Nik Aziz Nik Mat. TvPAS.com 26 Jun 08). Semangat berkobar Gamis ini dikhuatiri akan merintis jarak yang lebih jauh diantara Persatuan Mahasiswa Islam dengan Gamis itu sendiri. Ini bukan mengenai PMIUM mahupun mana-mana PMI yang lain. Dalam hal ini, wujud penggerak kampus yang belum cukup subur dengan kewajipan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar. Maka sudah pasti keutamaan di kampus berkenaan berada pada tahap penyemaian fahmu diperingkat asas. Maka akan wujudkah keharmonian diantara kampus yang sebegini rupa dengan method terkini perjuangan Gamis?.

Sememangnya kelemahan kampus tidak wajar menjadi sebab untuk mengendurkan momentum pergerakan Gamis yang semakin laju. Namun sebagai analoginya, semakin laju pecutan sesebuah kenderaan kebiasaannya akan menyebabkan banyak papan tanda tidak sempat dibaca. Dalam mengukur tahap persediaan ahli, janganlah PMIUM dijadikan sebagai tanda aras. Jika pada tahun 1970 aktivis UM sudah menghantar memorandum bantahan kepada kerajaan, maka perlu ditanya pada kampus lain bilangan memorandum yang telah mereka siapkan. Ekoran hal ini setiap penggerak kampus perlu menilai kondisi masing-masing sebelum mengangkat bendera jihad secara melulu.

Masalah Ahli 0 comments

Mendepani kondisi ahli jemaah yang tidak menentu. Apa Yang Sepatutnya Kampus Lakukan?

Kampus perlu mengkaji pergerakan asas seperti:


Satu.(Tarbiyah)

Sebelum kita merevolusi Usul 20 ajaran Al Imam Hassan Al Banna, maka perlu diteliti samada ahli sudah memahaminya atau tidak. Jangan sampai kita melakukan reformasi terhadap suatu perkara yang tidak kita fahami. Kampus perlu bijak menyesuaikan keadaan agar tidak terpengaruh dengan desakan arus perdana. Penerapan asas perlu diperkasakan melalui sudut tarbiyah agar ahli benar-benar memahami pasak pendirian perjuangan jemaah. Isu ini memang lapuk dan sering dikesampingkan, namun tragedi kebocoran tanzim dan kelemahan sterategi memerlukan muhasabah dalam bidang yang lapuk ini. Halatuju tarbiyah perlu dimurnikan semula agar tidak bermatlamatkan mana-mana pihak tetapi hanya untuk Islam.

Memetik bicara Hujjatul Islam Imam Al Ghazali dalam kitab Penawar Hati. Beliau mengingatkan bahawa manusia sering tidak menyedari bahawa hati mereka sedang memburu dunia disebalik ibadah yang dilakukan. Maka tidak hairanlah jika dipersoalkan bahawa tarbiyah pada hari ini tidak sebisa dahulu yang mampu melahirkan mujahidin yang begitu tegar dalam perjuangan. Hati pejuang muda perlu diisi dengan kefahaman yang baik melalui tarbiyah yang jelas dan berhalatuju. Dalam erti kata yang mudah, ramai pejuang kampus yang bertakbir apabila dilaungkan kalimah perjuangan, namun berapa ramai yang boleh menjawab persoalan asas seperti konsep zuhud dan ikhlas???. Isu ini ditimbulkan bukan untuk mengongkong, tetapi sekadar menampung lompang rialiti yang ada.


Dua.(Pengisian Ilmu)

Setelah hati pejuang kampus disibukkan dengan kecintaan kepada Islam, maka tidak perlu dikhuatiri tahap kejituan jihad yang akan dilahirkan. Tidak perlu diarah kerana hati pejuang muda ini akan terarah dengan sendiri untuk membela agama yang semakin terhimpit. Maka diwaktu ini semangat yang lahir perlu diisi dengan tambahan ilmu agar setiap inci perjuangan sentiasa didasari pada kehujahan yang kukuh.

Merenung kata-kata khalifah Abu Bakar As Siddiq : “Barangsiapa yang Allah inginkan baginya kebaikan, maka Allah akan fakihkan ia dalam bidang agama”.
Hal ini jelas menceritakan bagaimana ilmu mengenai agama perlu dikuasai atau setidak-tidaknya dipelajari oleh setiap pendokong perjuangan Islam.

Amanah ini perlu terlebih dahulu dipikul oleh setiap pimpinan perjuangan di kampus agar anak didik jihad dapat menimba teladan dan pengajaran. Tidak kira bagaimana peritnya sumber yang ada, setiap pimpinan perlu merangkak untuk mempersiapkan diri dengan ilmu yang diperlukan dalam pasaran jihad. Setiap amalan yang dilakukan tanpa ilmu boleh dianggap sebagai debu yang bukan sekadar mencemar alam tetapi boleh mengakibatkan mata perjuangan menjadi kabur.


Tiga. (Praktikal)

Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Istilah ini timbul apabila wujud segelintir insan yang tidak tahu untuk mengiplementasi ilmu yang telah dipelajari. Menghayati demonstrasi melalui penceritaan adalah tidak sama bagi mereka yang pernah berada dalam situasi sebenar. Pengajarannya ialah, setiap ilmu yang diberi kepada anak didik jihad perlu diasuh secara praktikal. Sebagai contohnya ilmu mengenai perdebatan, pidato, ceramah, dan berkempen perlu didedahkan dengan cara yang lebih efektif. Latihan melalui bengkel-bengkel yang sudah biasa dilakukan kurang memberi kesan akibat suasana palsu yang dicipta.

Jika kita merenung kaedah pembelajaran seorang juruterbang, setelah menguasai teori secara simulasi maka mereka terpaksa menerbangkan pasawat ke langit dengan ditemani guru yang cukup berpengalaman. Mungkin kaedah ini perlu dicuplik dan diciplak bagi membolehkan setiap penggerak kampus mengetahui cara-cara untuk mengaplikasikan setiap bait ilmu yang telah dipelajari.

Wallahu’alam.

Coretan fikrah : Asriabdullah

FUTUR 0 comments

FUTUR : Lumrah Dalam Perjuangan

Introduksi

Futur atau lemah semangat merupakan satu kejadian lumrah yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang bergelar penggerak jihad. Apabila seseorang itu telah memakai lencana jihad maka ia perlu sedar bahawa ia telah mengubah keseluruhan kehidupannya. Penggerak jihad tidak boleh selalu mengidamkan kehidupan biasa yang penuh dengan tawa riang dan tidur berulit mimpi yang selesa. Keinginan ini akan mengakibatkan lunturnya semangat untuk berjuang kerana tidak mampu untuk menongkah perubahan sebagai seorang pejuang.

Kiasan Sejarah Futur

Semasa berlakunya perang Mu’tah pada tahun ke lapan Hijrah bersamaan Ogos 629 masihi, pasukan muslimin yang dibarisi 3000 orang tentera merasa gentar untuk berhadapan dengan bilangan tentera musyrikin yang terlalu besar iaitu seramai 200,000 orang. Peperangan ini dicatatkan sebagai peperangan terbesar yang pernah berlaku semasa hayat Rasulullah.

Tentera muslimin tidak pernah menjangkakan bahawa mereka akan berhadapan dengan musuh yang terlalu ramai. Analogi berhadapan dengan 200,000 orang musuh adalah ibarat seekor tikus yang menanti masa untuk dipijak sang unta. Keadaan ini menyebabkan lahir rasa takut dalam sebahagian tentera Islam di bawah pimpinan Zaid Bin Harithah. Oleh yang sedemikian, tentera Islam mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi delema ketakutan yang membelengu mereka. Daripada mesyuarat tersebut maka lahirlah cetusan fikiran yang antara lain mencadangkan agar tentera Islam menulis surat kepada Rasulullah untuk memohon bantuan tentera ataupun sebarang perintah lain daripada Rasulullah. Ramai yang bersetuju dengan cadangan tersebut memandangkan jiwa-jiwa mereka semakin menggeletar mendengar derapan kaki musuh yang bagaikan gergasi berjalan.

Semasa tentera Islam diambang keghairahan untuk berundur, maka bangkit seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abdullah Bin Rawahah lalu mengungkapkan sebuah pidato yang cukup heroik dan membungkam hati tentera muslimin. Beliau berkata

“Wahai sahabat ku, apa yang tidak kalian cari dalam di rombongan ini sepatutnya merupakan sesuatu yang kita cari iaitu mati syahid. Kita tidak berperang dengan manusia kerana jumlah. Kita tidak berperang dengan manusia kerana kekuatan, dan kita tidak berperang dengan manusia kerana kelengkapan. Kita tidak akan memerangi mereka melainkan kerana agama Islam, dan kerana agama inilah Allah memuliakan kita. Maka wahai sahabat ku ayuhlah kita berangkat, kerana disana hanya ada salah satu daripada dua kebaikan yang menanti kita iaitu kemenangan ataupun syahid”.

Semangat yang luntur kembali membara apabila mendengar ungkapan hikmah seorang sahabat yang begitu menggegar. Lantas tentera Islam yang berbekalkan impian syahid terus mara menghadapi tentera musuh di medan jihad. Di dalam peperangan tersebut antara insan yang gugur syahid untuk menemui kekasihnya adalah Abdullah Bin Rawahah.

Manifestasi Daripada Sejarah

Daripada kisah diatas kita dapat membuat beberapa kesimpulan yang boleh dijadikan panduan untuk penggerak jihad pada hari ini. Dalam peperangan Mu’tah tersebut wujud dua kriteria utama yang menggambarkan intipati sifat tentera-tentera Islam. Sifat yang pertama ialah golongan yang mengharapkan bantuan tentera daripada Rasulullah kerana gerunkan bilangan tentera musuh. Manakala sifat yang kedua pula ialah golongan yang tidak wujud dalam falsafah hidup mereka untuk berundur dan memalingkan bucu pedang daripada pihak musuh.

Dua sifat diatas turut berlaku dalam era perjuangan moden ini. Golongan pemikir Islam menyifatkan ada dua istilah baru yang boleh kita gunakan bagi dua kriteria tersebut.

CAMPERS adalah istilah untuk golongan pertama yang pada mulanya bersemangat tinggi untuk melaksanakan jihad tetapi mula merasa lelah dengan tribulasi yang menduga perjuangan mereka. Golongan ini masih mampu mengambil risiko namun kebiasaannya risiko tersebut adalah yang sangat rendah. Sekiranya dibiarkan berlarutan, golongan ini mampu hanyut dan berpaling dari halatuju jihad akibat semangat perjuangan yang pudar.
Istilah ini diistinbatkan daripada kisah sebahagian tentera Islam dalam perang Mu’tah yang mengharapkan bantuan tentera tambahan daripada Rasulullah.

CLIMBERS. Inilah istilah yang sepatutnya tercatat dalam prinsip hidup setiap penggerak Jihad. Climbers merupakan golongan yang sentiasa memiliki motivasi yang tinggi untuk istiqamah dalam perjuangan Islam. Mehnah dan ujian dianggap sebagai gula dan garam yang menerbitkan lagi rasa enak dalam perjuangan mereka. Mereka tidak hanya mampu memotivasikan diri sendiri namun turut membakar semangat jihad sahabat seperjuangan. Abdullah Bin Rawahah merupakan individu yang secara lansung menceritakan identiti Climbers yang perlu dicontohi oleh setiap perindu syahid. Kekuatan tentera musuh yang ramai tidak dianggap halangan tetapi dijadikan jambatan yang memudahkan lagi untuk beliau bertemu Allah melalui jalan syahid.

Kesimpulan

Kelemahan dalam perjuangan akan tetap berlaku dan boleh menimpa sesiapa sahaja. Apa yang boleh kita lakukan ialah dengan memurnikan niat dalam pejuangan dan menjadikan Al fahmu sebagai dasar utama. Perjuangan atas dasar semangat sukar untuk diramal kemandiriannya kerana elemen ini ibarat layang-layang yang bergantung pada sokongan angin. Namun gerakan jihad yang didasarkan kepada Al fahmu akan membibit iman yang tinggi dan sukar untuk digoyah kerana pasaknya yang begitu teguh. Oleh itu marilah bersama kita memantapkan tarbiyyah didalam jiwa bagi memperkasakan jihad dalam arena perjuangan.

11 September : Ulasan Ringkas Pertembungan Barat Dan Islam 0 comments

Ulasan Ringkas Pertembungan Barat Dan Islam
Pada Era Milinium.



Introduksi :

Dalam membicarakan perihal pertembungan barat dan Islam ini, kita perlu menyulusuri beberapa persoalan bagi mencari pokok pangkal masalah yang berlaku.

Antara soalan-soalan tersebut adalah seperti :

1. Siapakah sebenarnya yang bertembung ?
2. Siapakah yang memulakan pertembungan?

Setelah mendapat jawapan bagi persoalan diatas, barulah kita dapat merungkai mengapa pertembungan terus berlaku tanpa ada garis nokhtah yang menamatkan pertembungan ini.


Persoalan I. : Siapakah Yang Sebenarnya Bertembung? :


Pihak yang terlibat di dalam pertembungan ini sudah pastilah Islam. Namun pihak yang bertentangan dengan Islam ini terlalu sukar untuk kita rangkumkan kerana sterategi mereka yang begitu terancang. Adakah yang menentang Islam ini adalah golongan Yahudi Israel, atau Amerika Syarikat, atau Belanda, atau Denmark, atau Russia, atau Perancis, atau Australia atau Keseluruhan Masyarakat Barat?

Pokok pangkalnya Al Quran telah menceritakan bahawa Yahudilah yang tidak pernah senang dengan Islam. Yahudi telah berjaya menabur duri di sekitar tanah Barat sehinggakan Islam berjaya dijadikan makanan buruan. Kuasa Barat seperti Amerika Syarikat hanyalah menjadi boneka kebijaksanaan Yahudi sehinggakan masyarakat dunia tidak dapat melihat keterlibatan Yahudi di dalam pertembungan ini. Yahudi berjaya membakar semangat masyarakat kafir di barat sehingga mereka bersatu dalam menyusun sterategi bagi memerangi Islam secara bersepadu.

Apakah mesej daripada hakikat ini?

Pertembungan hari ini bukan lagi pertelingkahan ideologi ataupun kebudayaan antara Muslimin dan Barat, tetapi sudah terlalu jelas bahawa gabungan kufar dari Barat semakin menunjukkan keghairahan untuk meruntuhkan Islam secara keseluruhan. Mereka ingin melangsaikan dendam yang telah tercetus sejak berkurun yang lalu. Mereka sudah puluhan kali ditewaskan Islam dan kini mereka optimis untuk tidak tertewas lagi. Namun bagi umat Islam yang berpegang teguh dengan Al Quran, kita perlu yakin bahawa tidak semua masyarakat Barat turut serta dalam pertembungan ini. Oleh itu golongan zimmi perlu kita hormati selagi mana mereka tidak mempamerkan ciri-ciri ofensif yang nyata.




Persoalan II : Siapakah Yang Memulakan Pertembungan?:

Persoalan ini perlu diperjelaskan melalui beberapa konsep yeng berbeza bagi memudahkan pembaca menilai siapakah sebenarnya pencetus kepada pertembungan ini.

Konsep Pertama : Sejarah.

Kita sedia maklum bahawa Nabi Muhammad S.A.W mendapat tentangan hebat daripada Musyrikin Mekkah sewaktu baginda melancarkan pengislahan ditanah arab itu.
Namun kita juga sedia maklum bagaimana penerimaan harmoni masyarakat Madinah semasa menyambut kehadiran Baginda yang berhijrah keluar dari tanah kelahirannya. Di tanah Madinah inilah terhidangnya jawapan mudah mengenai pertembungan antara Yahudi dan Islam.

Walaupun lembaran sirah banyak menceritakan kebiadaban Yahudi pada tahun-tahun sebelumnya, namun penulis lebih gemar untuk menyemak coretan sejarah yang berlaku semasa kegemilangan Islam Madinah. Bagi mereka yang gemar untuk mengkaji sejarah, jawapan yang terbit dari bibir mereka sudah pasti meyakini bahawa kaum Yahudi merupakan pencetus sebenar kepada pertembungan yang berlaku. Semasa masyarakat Aus dan Khazraj hidup dalam keadaan aman, muncul kaum Yahudi yang cuba memporak perandakan keadaan dengan meniupkan bara ‘asobiyah yang sudah terpadam hasil daripada kedamaian Islam. Tindakan ini hampir menyebabkan berlakunya pergaduhan dan pembunuhan sesama saudara dalam masyarakat Madinah. Namun keadaan genting itu berjaya diperdamaikan semula oleh Rasulullah yang merupakan ketua negara Madinah pada waktu itu.

Pernah juga berlaku semasa umat Madinah hidup dalam keadaan aman dan damai, terjadi sebuah peristiwa yang menyebabkan seorang pemuda Islam terbunuh kerana mempertahankan maruah seorang muslimah. Muslimah tersebut telah dipaksa oleh segolongan pemuda Yahudi untuk membuka penutup mukanya. Akhirnya berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan kematian pemuda Islam berkenaan. Banyak lagi peristiwa yang boleh diungkap bagi menceritakan kebiadaban Yahudi terhadap umat Islam. Sifat berang golongan Yahudi terhadap Islam ini berpunca daripada kegagalan mereka menerima hakikat bahwa Rasul akhir zaman tidak diturunkan dari kalangan mereka. Dalam kitab kaum Yahudi sendiri mengakui bahawa akan ada Rasul akhir zaman yang akan menamatkan era kegelapan jahiliyah kepada cahaya keimanan. Mereka mengharapkan agar Rasul tesebut akan lahir dari keturunan mereka namun Allah telah mencaturkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W bukanlah insan pilihan yang berketurunan Yahudi.

Konsep Kedua : Realiti Moden

Jika kita mengatakan Islam pencetus keganasan di zaman Moden, maka apakah wujud bukti yang jelas terhadap pertuduhan ini. Masyarakat Barat menjadikan keganasan yang dicetuskan muslimin sebagai dalil pandangan pesimis mereka terhadap Islam. Mereka menjadikan peristiwa 11 September sebagai pokok pangkal kebangkitan Barat dalam menghapuskan kekejaman Islam. Dari saat itu juga nama Osama Bin Laden telah digembar-gemburkan sebagai duta keganasan yang terus dilindungi oleh negara-negara Islam. Hasil daripada usaha bersepadu pihak Barat ini berjaya melahirkan kalimah dan istilah yang melabelkan Islam sebagai Ibu keganasan Dunia. Maka pihak Barat dengan mudah membuat kesimpulan bahawa pertembungan hari ini adalah berpunca daripada ketaksuban penganut Islam yang gemarkan keganasan

Setiap bait fitnah yang dilemparkan Barat ini sebenarnya sudah terjawab dengan tindakan mereka sendiri.

1.Jika mereka mengatakan Osama Bin Laden duta keganasan Islam dalam peristiwa 11 September, maka apakah mereka tidak menghitung jumlah nyawa yang terkorban semasa kerakusan mereka merobek tubuh Afghanistan? Apakah setimpal jumlah kematian 11 September berbanding lautan darah di bumi Afghan?

2. Jika mereka melihat tragedi pengeboman di Bali sebagai salah satu intipati kekejaman Islam, maka apakah mereka membutakan mata terhadap jutaan nyawa rakyat Iraq yang dihukum tanpa perbicaraan?. Berapa ramaikah anak-anak kecil Iraq yang telah mereka rampas ayahnya?, dan berapa ramaikah isteri-isteri di Iraq yang telah kehilangan suami akibat kezaliman tentera Amerika?.

3. Jika Barat kerap mengatakan Islam sebagai punca keganasan, kenapa mereka tidak menerjah kaum Yahudi di Palestin seperti mana yang mereka lakukan terhadap Islam?. Walhal seluruh Dunia mengakui kezaliman Zionis Yahudi yang cuba merampas bumi Al Aqsa daripada masyarakat Islam Palestin.

Barat tetap tegar untuk berlindung disebalik peristiwa 11 September yang masih samar kesahihannya. Peristiwa ini mereka jadikan sebagai alat pemati hujah umat Islam yang cuba bangkit bagi mendedahkan kebenaran yang sebenar. Oleh itu secara lansung kita dapat memahami bahawa peristiwa 11 september ini juga merupakan sebuah retorik ciptaan Barat yang ketandusan modal untuk menyerang Islam. Maka siapakah yang sebenarnya menjadi punca kepada pertembungan antara Barat dan Islam di zaman Moden ini?.
Tepuk Dada Tanyakan Iman

Penutup : Pengislahan Semula Jiwa Umat Islam

Islam tidak pernah menganjurkan keganasan dalam perlaksanaannya sebagai sebuah sistem kehidupan. Apa yang mungkin berlaku pada dewasa ini adalah gambaran negatif yang dipamerkan oleh segelintir masyarakat Islam yang mungkin kurang memahami hakikat kerahmatan yang terkandung di dalam Islam itu sendiri. Namun umat Islam perlu sedar bahawa musuh-musuh Islam sentiasa mengintai ruang dan peluang bagi merebahkan Islam sehingga lumpuh dan tidak mampu untuk bangkit semula.

Islam merupakan agama rahmat yang mengimplementasikan mahabbah dan kecintaan sesama makhluk. Islam tidak hanya memerintahkan manusia untuk menghormati sesama manusia, tetapi turut mengarahkan umatnya agar mengasihi makhluk yang lain samada haiwan mahupun tumbuhan. Istilah peperangan dalam Islam hanya wujud apabila berlaku pencabulan hak seperti mana yang telah digariskan dalam Al Quran dan As Sunnah.

Dalam surah Al Baqarah ayat 190 – 195, Allah telah mensyariatkan etika peperangan yang perlu dipatuhi oleh setiap umat Islam.

“Dan Perangilah (kerana menegakkan dan mempertahankan) Agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”

Melalui ayat diatas para Syeikhul Islam telah menetapkan bahawa terhadap
dua sebab utama yang membolehkan umat Islam untuk berperang.

I. Menentang serangan musuh bagi mengelak berlakunya fitnah sehingga Agama hanya menjadi milik Allah
II. Membela orang-orang Islam yang lemah dan dizalimi oleh golongan kufar

Umat Islam hanya dibenarkan berperang untuk sebab diatas. Allah menyeru dengan keras agar umat Islam tidak memulakan perperangan. Apabila tercetusnya perperangan, maka terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh mujahidin Islam untuk membolehkan perperangan tersebut mendapat keredhaan Allah. Syarat-syarat tersebut adalah seperti :

1. Tidak boleh mengkhianati perjanjian
2. Dilarang menggunakan senjata secara membabi buta
3. Mesti memberi layanan baik kepada tawanan perang
4. Tidak boleh bertindak untuk membalas dendam
5. Dilarang membunuh orang cacat, orang tua, wanita, biarawan, paderi serta orang gila.
6. Tidak boleh menyerang dari belakang
7. Tidak boleh memenggal atau menyiksa mayat musuh
8. Tidak boleh membunuh orang awam dan dilarang memperkosa wanita
9. Tidak boleh membakar ladang dan membunuh petani dan pedagang.
10. Menepati perjanjian damai diantara pihak musuh.
Daripada syarat-syarat diatas jelas memperlihatkan kepada kita bagaimana kasih sayang Islam yang tidak menggemari peperangan. Maka segala pertikaian mengenai Islam yang wujud sejak mutakhir ini merupakan provokasi moden para musuh yang tidak pernah senang dengan Islam. Menjadi tanggungjawab kita sebagai mujahidin muda untuk bingkas bangkit dalam landasan jihad bagi memurnikan semula persepsi masyarakat terhadap Islam. Golongan pemuda perlu sentiasa subur dengan ilmu pengetahuan agar segala khilaf kefahaman mengenai Islam dapat kita atasi secara hikmah dan berkesan.

Pertembungan antara kufar dan Islam ini bukanlah perkara baru dan tragedi ini akan terus berlaku selagi mana umat Islam tidak kembali kepada sunnah sebenar. Barat akan terus selesa dengan cara mereka apabila menyaksikan hanya Ahmadi Neejat Dan Hassan Nasrullah yang begitu tegar menentang kekejaman mereka. Umat Islam secara keseluruhannya perlu kembali berpadu dibawah khalifah yang satu untuk memastikan kegemilangan suatu masa dahulu dapat digapai semula.

Wallahu’alam.


Coretan fikrah - Asriabdullah.Blogspot.com.



Sumber rujukan :

1. Hj Abdul Hadi Awang – Fikrah, Harakah, Dan Daulah
2. Fathi Yakan – Api Kebangkitan Islam & Cabaran Abad ke 21
3. Muhammad sa’id Ramadhan Al Buti – Fiqh Al Sirah jilid 2
4. Riduan Mohamad Nor – Penghinaan Terhadap Rasulullah S.A.W
5. Kolej Alam Syah Islamiah – Ayat-ayat Ahkam
6. Kolej Alam Syah Islamiah – Hadis-hadis Ahkam.