Gaza : Tetap Subur walau Bermandi Darah
Mencari Pemenang Dalam Pertarungan Di Gaza.
Berjayakah Ehud Olmert Mendirikan Mahligainya Di Gaza????
Akhirnya tentera Israel berundur daripada semananjung Gaza dengan tangan kosong tanpa sebarang kebanggaan. Penulis yakin apa yang mereka miliki hanyalah kepuasan setelah berjaya meratah ribuan nyawa rakyat palestin yang tidak berdosa. Apakah mereka berjaya mematahkan perjuangan Intifadhah HAMAS? Berapakah jumlah pejuang HAMAS yang berjaya mereka tewaskan? atau mereka hanya beraksi gagah dihadapan rakyat yang tidak bersenjata? Adakah mereka telah berjaya memusnahkan serangan roket Al Qassam yang berpusat di Gaza? segala-galanya samar apabila sehingga hari terakhir pejuang Al Qassam masih mampu melancarkan serangan roket terhadap tentera penceroboh. Bahkan sumber sahih mengatakan bahawa tentera Israel yang berundur diselubungi kekecewaan yang tidak menentu sehingga meyebabkan gangguan emosi yang kritikal (Berita Harian 19/01/09).
Israel juga sudah pasti dibebani kerugian yang besar apabila mereka menggunakan senjata perang kelas pertama berbanding tentera Al Qassam yang hanya meggunakan roket sebagai senjata utama. Media HAMAS mempamerkan terdapat jentera perang Israel seperti Jet pejuang dan kereta kebal yang musnah akibat serangan balas tentera Al Qassam dalam peperangan 22 hari tersebut. Maruah Israel juga tercalar apabila masyarakat dunia secara lantang dan keras mengecam kebinatangan mereka yang membelakangkan hak asasi dan konsep keamanan sejagat. Maka apakah yang disifatkan sebagai kejayaan oleh Ehud Olmert dalam kempen peperangan tersebut? Apakah jumlah nyawa yang terkorban dan serpihan runtuhan bangunan di Gaza mampu menampung kerugian dan maruah Israel yang telah tercalar? (Jewish Community.COM 18/01/09). Perkara ini boleh menjadi jawapan kepada persoalan siapakah yang sepatutnya ditabalkan sebagai pemenang di Gaza.