MANHAJ ASAS MINDA FUTURISTIK

Bukan tarbiyah sahaja yang memerlukan manhaj, namun manusia itu sendiri memerlukan satu sistem hidup yang teratur. Berapa ramai dari kalangan pekerja dakwah yang masih terumbang ambing apabila diminta untuk memberi jawapan mengenai beberapa soalan penting,

Hal Peribadi .

1. Lepas tamat belajar nak kerja di mana ?
2. Lepas tamat belajar nak kerja apa ?
3. Lepas tamat belajar nak menetap di mana ?
4. Bila nak kawin ?
5. Bakal isteri orang mana ?
6. Bila nak sambung belajar?

Hal dakwah.

1. Berapa tahun nak kerja ?
2. Bila nak jadi pekerja Islam sepenuh masa ?
3. Anak nanti nak tadika, sekolah, dan masuk U mana ?
4. Usrah keluarga bila nak mula ?
5. Bila jadi pekerja Islam, duit makan nak cari di mana?
6. Duit belanja anak-anak macam mana?
7. Nafkah isteri macam mana?

Semua soalan ini perlu dijawab semampu mungkin sehingga batas logik yang terakhir sebelum kita menyerahkan jawapannya kepada yang Maha mengetahui. kedangkalan dalam menyusun manhaj hidup sering kali menyebabkan usaha dakwah nafas panjang terhenti dan tergantung. Oleh itu setiap jundu yang bermatlamatkan
'Ubudiah perlu menyusun sebaik mungkin perancangan hidup agar segala usaha yang dimulakan ada penyudahnya walaupun tidak selesai.

Bagi golongan Ustaz, perkara ini perlu difikirkan sejauh mungkin kerana Al Rijal akan terus menjadi sandaran dakwah dalam memacu gerakan Islam yang berterusan. Bagi golongan Ustazah pula tidak boleh merasa lapang daripada usaha untuk merancang perjalanan hidup kerana mungkin apa yang difikirkan itu boleh membantu para Ustaz yang sering terleka.

Hari ini Al-Rijal tidak boleh lagi bersembang kosong mengenai dunia. Akal mereka perlu dimampatkan dengan minda futuristik yang luar biasa agar mereka mampu menyaingi kepesatan pembangunan sekularisma yang semakin mencengkam.

Apakah 40 tahun akan datang para pejuang Islam masih menggunakan rujukan yang sama seperti mana yang kita gunakan pada hari ini?

Adakah mustahil untuk kita menghasilkan wacana baru yang bakal menjadi rujukan generasi akan datang seperti mana Hassan Al Banna mewujudkan Risalah Ta'lim.

Biarpun kita mencetuskan sesuatu yang baru namun kita tetap berdiri diatas pasak yang lama. Batu bata yang terjatuh perlu kita susun semula dan kita tambah hiasannya dengan marmar yang memukau setiap mata yang memandang.

"AYUH BANGUNKAN MINDA FUTURISTIK LUAR BIASA AGAR 'IZZAH YANG TERCALAR KEMBALI BERSINAR"


1 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Manhaj Kehidupan....

    Atur mengikut perancangan Allah..