NAJIB TUN RAZAK : MAMPU MENCETUS REVOLUSI JIHAD 0 comments

SUDAH !!! JANGAN SEMBANG BENDA KOSONG, JANGAN BUAT BENDA SIA-SIA

Najib Al-Altantuya kini semakin menghampiri puncak pemerintahan. Tidak boleh dibayangkan betapa rakusnya beliau akan meratah perjuangan Islam bagi memastikan kestabilan penguasaan beliau. Barisan UMNO saling tidak tumpah seperti angkatan Ahzab yang bersiap sedia untuk merempuh keampuhan Aqidah Islamiyah yang semakin bertapak kukuh. Tragedi Perak yang dirompak anak bangsa sendiri, nasib YB Eli yang aibkan dengan begitu dasyat, dan kes fitnah sodomi Anwar yang terkini seakan-akan dikelolakan oleh seorang pengarah filem yang sama.

Jika ditanya siapakah penerbit rancangan realiti tv yang paling berjaya di Malaysia ?, maka Najib individu yang paling layak untuk menerima anugerah tersebut.

Tetapi penulis tidak terlalu berminat untuk mengupas isu yang hanya akan membuatkan perasaan amarah menjadi tidak tenteram. Penulis ingin membawa sekalian sahabat di kampus mahupun yang telah berada di lapangan umat untuk menilai kondisi semasa persiapan kita. Peralihan Najib yang bakal menggantikan kepimpinan Mr Clean seharusnya membuat kita berfikir dengan lebih serius soal persiapan kita melalui dua cabang utama iaitu Tarbiyah dan Dakwah.

Sebelum menjadi PM, Najib sudah menggunakan peledak C4 untuk melebur tubuh janda molek bernama Altantuya Sharibuu tanpa belas dan simpati. Sebelum menjadi PM, Najib dengan rakus merampas kerajaan rakyat di Perak dengan senyuman lebar tanpada rasa malu dan bersalah kepada rakyat.

Maka, apa agaknya yang akan berlaku selepas Najib menjadi PM ???


Dalam bidang Tarbiyah, apakah kita masih sibuk memikirkan jalan penyelesaian masalah hati dalam kalangan ahli gerakan yang tidak pernah sudah. Apakah kita masih sibuk membincangkan soal akedemik nombor ini dan perjuangan nombor itu, sehingga wujud pertelingkahan ala kanak-kanak. Apakah kita masih membincangkan masalah ukhwah dalam kalangan ahli yang dikatakan tempang, cacat, tidak mesra dan sebagainya.

Sedarlah wahai ahli yang mentarbiah dan ditarbiah, kita mungkin turut terlena bersama Pak Lah semasa era pemerintahan beliau yang kuyu dan layu. Sehingga kita membazirkan terlalu banyak masa membincangkan perkara-perkara yang mengalihkan aulawiyat yang lebih utama.

Ayuh Tarbiyah, bangkit, bangkit bangkit.., kita memerlukan jundullah dalam erti kata jundu yang sebenar. Jundu yang berani merempuh pintu pagar Najib biarpun terpaksa menyarung jaket C4 di tubuh. Cara yang biasa perlu diselitkan dengan inovasi yang sedikit luar biasa agar persiapan kita lebih teguh dan utuh. Sudah tiba masanya kita berhadapan secara pahlawan dengan mereka yang berlagak seperti jantan.

Sudah !!! hentikan perbincangan karut yang melenakan para pejuang.

Ayuh kita hangatkan perbincangan ilmu Jihad dan Siasah Islam dalam kalangan ahli gerakan!!!.
Ayuh kita gegarkan alam dengan laungan Wehdah yang lebih kerap agar jiwa-jiwa kita sentiasa bersedia!!!.

Ayuh kita lazimkan bacaan Qunut Nazilah agar semangat ini ditemani dengan tentera Allah yang menjadi kunci kegemilangan yang lalu!!!.

Dalam bidang Dakwah pula, Apakah kita masih takut untuk bersuara dengan lebih lantang dalam mencegah mereka yang sering menghambat usaha Dakwah. Jika kita masih takut, maknanya Dakwah kita tidak sejajar dengan arus perdana yang memperlihatkan gelombang Dakwah semakin laju dan semakin hampir ke puncak. Apakah Dakwah kita masih diperingkat pengenalan kepada mad'u sedangkan akal mad'u pada hari ini perlu melalui sistem perubahan yang lebih ekspres. Apakah kita masih asyik dengan anjuran program-program yang hasilnya masih kurang menepati objektif yang dihajatkan bahkan memulangkan tekanan kepada jemaah.

Ayuh pejuang muda kita revolusikan Dakwah. Kita cuplik perjuangan generasi yang lalu dan kita hiasi dengan revolusi berdasarkan Ilmu wahyu dan akal yang mapan.

Kita cipta plan tindakan Dakwah bersepadu untuk mad'u agar mereka dapat menilai situasi semasa dengan pantas seterusnya memberi nilai tambah kepada Dakwah. Kita jangan melatah sekiranya masyarakat kelihatan longlai dan dangkal, walhal dalam masa yang sama kita masih membiarkan masjid lesu daripada laungan Dakwah dan Islah. Buat apa kita menunggu sesuatu yang tidak pasti, kita sebagai insan yang berkesedaran perlu mengisi setiap sudut ruang Dakwah yang ditinggalkan.

Walaupun ilmu kita masih terlalu kurang, namun perlu diingat, mad'u kita bukan masyarakat madinah yang boleh ditangguhkan usaha Dakwah ke atas mereka.

Ayuh!!! Optimakan ruang Dakwah, Minda pesimis terhadap diri perlu dihapuskan. Kita pendakwah merupakan insan terpilih dalam kalangan Ummah dan perlu berkerja untuk Ummah.

Masjid, Mimbar, Risalah, Kafeteria, Blok kediaman, dan HEP. Apakah kita sudah menerobos ke setiap ruangan kampus untuk memperkasa Dakwah ??? atau kita hanya bermain dalam coloseum rekaan dan bergelut dengan bayang-bayang sendiri.

Kita Lazimkan Qunut Nazilah, Kita Laungkan Wehdah, Kita Optimakan Ruang Dakwah, dan Kita Bangunkan Ummah.

Ayuh !!! Kita Bangunkan Ummah.



Kekasih Yang Dirindu 0 comments



"Wahai kekasih ku Jibril, kenapa engkau palingkan wajahmu dari ku, tidak kah engkau rindu pada ku, tidak kah engkau suka melihat wajah ku, apakah engkau sudah membenci aku wahai Jibril kekasih ku ?",

"Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat wajah kekasih sedemikian rupa. Wahai Muhammad, aku tidak sanggup melihat wajah mu menanggung derita. sesungguhnya aku tahu betapa sakitnya sakaratul maut ini. "


Begitulah dialog antara dua kekasih di saat mereka ditakdirkan untuk berpisah. Jibril malaikat pembawa wahyu tidak sanggup melihat wajah Rasulullah yang sedang bertarung dengan sakaratul maut, kemuncak bagi segala kesakitan di dunia. Lantas Jibril memalingkan wajahnya dan membuatkan Nabi Muhammad terusik dengan perbuatan itu.

Peristiwa agung di atas mempamerkan betapa para malaikat terlalu mencintai kekasih Allah sehingga tidak sanggup melihat wajahnya yang menahan kepedihan sakaratul maut. Wajah kekasih Allah terlalu suci dan mulia untuk berhadapan dengan saat yang terlalu perit. Namun yang mulia tetap mulia. Nabi Muhammad melalui keperitan yang teramat dashat bermula di saat kelahirannya sehinggalah di waktu pengakhiran hayatnya. Lalu beginda bersemadi dengan penuh kemuliaan di sisi pencipta yang amat dirinduinya.


"Nabi Muhammad melalui keperitan yang teramat dashat bermula di saat Baginda membuka mata, sehinggalah Baginda menutup mata untuk selamanya."

Hening Subuh Untuk Gaza 0 comments

Di pagi hening, sewaktu dingin subuh menusuk rongga temulang. Aku yakin di waktu itu ramai hamba hamba Tuhan masih asyik dengan lena yang dibuai mimpi indah. Tidak kira samada si kecil, si muda, atau si tua sudah pasti tertawan dengan keheningan subuh yang begitu syahdu sehingga Tuhan yang menciptanya kerap dibelakangkan. Namun tidak di sini, jika bagi mereka subuh itu hening, namun bagi aku subuh terlalu bingit dan tidak ada lagi kesyahduan. Jika semalam mereka lena di waktu subuh didalam dakapan dan dodoian ayah, namun pada subuh semalam juga aku mendakap ayah ku yang tidak lagi bernyawa, aku hanya sempat mendodoikan ayah dengan kalimah syahadah. Nyata subuh ku terlalu berbeza berbanding mereka.

Mungkin kerana aku anak Gaza

Selesai mengurus jenazah ayah, paman ku mengesat air mata yang laju mengalir di pipi ku. Sebak dada ini tak tertahan kerana kehangatan tangan ayah yang sering membimbing ku sudah hilang untuk selamanya. Namun hati ku kembali terubat apabila melihat wajah ummi yang begitu tenang tanpa air mata. Mungkin air mata ummi sudah kering sewaktu meratapi pemergian dua kakanda ku sepurnama yang lalu. Lantas air mata ummi bagaikan permata yang tidak akan dibazirkan lagi oleh perasaan. Aku masih ingat pesanan ummi kepada dua jasad kaku yang cukup aku cintai,

“ Hamid, Hasyim, tunggu ayah dan ummi di sana”

Dua kakanda ku terkorban dalam satu ledakan di masjid sejurus selesai menunaikan solat subuh. Aku masih ingat malam itu mereka berdua pulang lewat ke rumah dengan membawa dua guni besar berisi serpihan batu. Ummi bertanya kepada mereka dengan nada tegas dan memberi amaran agar mereka tidak pulang lewat lagi ke rumah. Namun dengan penuh ceria dan dihiasi senyuman mereka menjawab

“ummi tidak perlu khuatir, walaupun kami tidak pulang, kita tetap akan bertemu sebagai sebuah keluarga. Namun di sana kita lebih bahagia”

Mendengar jawapan itu, ummi hanya mampu tersenyum. Selesai mereka menjamah sedikit jamuan yang ummi sediakan dan belum pun sempat mereka merehatkan tubuh yang kelihatan begitu letih, mereka sudah meminta izin kepada ummi untuk keluar berjemaah subuh di masjid. Dan pagi itulah aku mendengar satu ledakan yang cukup ngeri sehingga tubuh kakanda ku berkecai bersama runtuhan masjid. Di saat akhir sebelum kakanda ku di kebumikan sebagai syuhada, aku sempat melihat ketulan batu yang masih tergenggam erat di tangan mereka. Genggaman itu seakan-akan takkan terlepas sehinggalah mereka mempersembahkan batu itu kepada Tuhan mereka.

Kini aku yakin ayah sudah bertemu dengan kakanda ku. Dan aku juga pasti mereka sedang menanti aku dan ummi untuk ke sana. Mungkin kerana inilah wajah ummi begitu tenang. Mungkin ummi tidak sabar untuk menunggu subuh pada esok hari. Subuh yang telah memisahkan ayah dan kakanda daripada aku dan ummi. Dan mungkin subuh esok akan mempertemukan semula aku, ummi, kakanda dan ayah sebagai keluarga yang lebih bahagia di sisi pencipta yang maha esa.

Ya Allah, jadikan subuh esok rahmat kepada aku dan ummi.

sekalung ingatan untuk ayahanda dan kekanda

* Umar Zaidi bin Hussein : Syuhada 45 tahun
* Hamid bin Umar Zaidi : Syuhada 12 tahun
* Hasyim Bin Umar Zaidi : Syuhada 10 tahun

Nukilan
adik Solehuddin Al Falestini Al Qassami
8 tahun

sumber : Laduni





MANHAJ ASAS MINDA FUTURISTIK 1 comments

Bukan tarbiyah sahaja yang memerlukan manhaj, namun manusia itu sendiri memerlukan satu sistem hidup yang teratur. Berapa ramai dari kalangan pekerja dakwah yang masih terumbang ambing apabila diminta untuk memberi jawapan mengenai beberapa soalan penting,

Hal Peribadi .

1. Lepas tamat belajar nak kerja di mana ?
2. Lepas tamat belajar nak kerja apa ?
3. Lepas tamat belajar nak menetap di mana ?
4. Bila nak kawin ?
5. Bakal isteri orang mana ?
6. Bila nak sambung belajar?

Hal dakwah.

1. Berapa tahun nak kerja ?
2. Bila nak jadi pekerja Islam sepenuh masa ?
3. Anak nanti nak tadika, sekolah, dan masuk U mana ?
4. Usrah keluarga bila nak mula ?
5. Bila jadi pekerja Islam, duit makan nak cari di mana?
6. Duit belanja anak-anak macam mana?
7. Nafkah isteri macam mana?

Semua soalan ini perlu dijawab semampu mungkin sehingga batas logik yang terakhir sebelum kita menyerahkan jawapannya kepada yang Maha mengetahui. kedangkalan dalam menyusun manhaj hidup sering kali menyebabkan usaha dakwah nafas panjang terhenti dan tergantung. Oleh itu setiap jundu yang bermatlamatkan
'Ubudiah perlu menyusun sebaik mungkin perancangan hidup agar segala usaha yang dimulakan ada penyudahnya walaupun tidak selesai.

Bagi golongan Ustaz, perkara ini perlu difikirkan sejauh mungkin kerana Al Rijal akan terus menjadi sandaran dakwah dalam memacu gerakan Islam yang berterusan. Bagi golongan Ustazah pula tidak boleh merasa lapang daripada usaha untuk merancang perjalanan hidup kerana mungkin apa yang difikirkan itu boleh membantu para Ustaz yang sering terleka.

Hari ini Al-Rijal tidak boleh lagi bersembang kosong mengenai dunia. Akal mereka perlu dimampatkan dengan minda futuristik yang luar biasa agar mereka mampu menyaingi kepesatan pembangunan sekularisma yang semakin mencengkam.

Apakah 40 tahun akan datang para pejuang Islam masih menggunakan rujukan yang sama seperti mana yang kita gunakan pada hari ini?

Adakah mustahil untuk kita menghasilkan wacana baru yang bakal menjadi rujukan generasi akan datang seperti mana Hassan Al Banna mewujudkan Risalah Ta'lim.

Biarpun kita mencetuskan sesuatu yang baru namun kita tetap berdiri diatas pasak yang lama. Batu bata yang terjatuh perlu kita susun semula dan kita tambah hiasannya dengan marmar yang memukau setiap mata yang memandang.

"AYUH BANGUNKAN MINDA FUTURISTIK LUAR BIASA AGAR 'IZZAH YANG TERCALAR KEMBALI BERSINAR"


BERGEMBIRALAH 0 comments

Merentas zaman perjuangan Rasulullah terus mengukir sirah yang kekal subur dan tidak akan pernah layu. Jejak langkah perjuangannya menjadi inspirasi pembakar semangat jiwa-jiwa muda seperti Hassan Al Banna, Syed Qutb, Ahmad Yasin, Rantisi, Rahmat Abdullah, Burhanuddin Al Helmi, Abu Bakar Al Bakir, dan jutaan pemuda jihad yang terus bertebaran di segenap pelusuk muka bumi Allah. Pemuda-pemuda ini bangkit dengan sosok tegap dan bersedia untuk merempuh apa sahaja tembok mahupun dinding yang menghalang kalimah Allah daripada menjadi yang tertinggi.

Tetapi ingatlah wahai pemuda, jika engkau telah memilih Jihad sebagai jalan, maka janganlah lari daripada sunnah pengorbanan. Tidakkah engkau malu untuk untuk memakai lencana ummat Muhammad sedangkan engkau hanya berpeluk tubuh menanti syafaat di hari pengadilan.

Jika engkau telah memilih jihad, maka janganlah takut daripada Sunnah kebencian musuh, kerana Rasul mu juga dikerumuni musuh yang mendengki dan membenci. Biarlah kebencian itu ditelan dan dicerna agar jiwa mu subur dengan ketaqwaan dan keimanan.

Wahai pemuda Jihad, kamu memang akan dibenci, disisih, dihina, dipersenda, dimalukan, dan hidup mu wahai pemuda akan terus terhina pada pandangan mereka. MAKA BIARLAH. DAN BIARLAH DAN TERUS BIARLAH mereka dengan cara mereka.

Ingatlah wahai pemuda, mungkin perasaan ini juga pernah dirasakan oleh Muhammad Bin Abdullah, Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al Khattab, Uthman Bin 'Affan, Ali Bin Abi Talib, Bilal Bin Rabah, Khalid Al Walid, dan Mus'ab Bin Umair.

MAKA TIDAKKAH ENGKAU MERASA GEMBIRA DALAM KESENGSARAAN INI???

MAKA TIDAKKAH ENGKAU MERASA GEMBIRA DALAM KESENGSARAAN INI ???

MAKA TIDAKKAH ENGKAU MERASA GEMBIRA DALAM KESENGSARAAN INI ???


asriabdullah
dedicated to
Sofful Qiyadah of BADAR