Seluruh Pemi mpin Mahasiswa Perlu Tampil Bantah BTN 0 comments


Dasar BTN Yang Tersasar


Rata-ratanya umum sudah mengetahui doktrinisasi yang diamalkan UMNO melalui BTN yang sememangnya berbaur kepentingan politik dan perkauman yang melampau. Membakar semangat kemelayuan, membunuh simpati terhadap pembangkang dan kemudian mendewa-dewakan UMNO sebagai penyelemat bangsa terus menjadi modus operandi BTN untuk memelihara survival UMNO. Sepanjang pengalaman menyertai program BTN di sekolah, memang cukup menyedihkan apabila melihat penceramah yang memiliki mustawa ilmu yang cukup tinggi namun sanggup menjadi balaci yang membenarkan pembohongan. Pada perkiraan saya, BTN tidak lagi memainkan peranan yang sebenar dalam memupuk semangat patriotisma namun lebih menjurus kepada perpecahan akibat sentimen permusuhan politik dan bangsa.

Pembawaan dengan cara doktrin paksa.

Boleh dikatakan setiap penjawat awam perlu menghadiri program yang diadakan secara khusus oleh BTN mahupun slot-slot kecil yang ditumpang oleh wakil BTN. Diperingkat mahasiswa pula, kebanyakan pelajar yang menganggotai Majlis Perwakilan Mahasiswa akan dibawa untuk mengikuti kursus BTN yang kebiasaannya menjadi aktiviti awal untuk setiap sesi kepimpinan. Maka disaat inilah kerajaan Barisan Nasional melalui BTN akan sehabis mungkin cuba menyebarkan doktrin secara paksa agar setiap inci isi rakyat tunduk dan patuh pada telunjuk pemerintah. Ini menjawab persoalan mengapa wujudnya rasa takut pegawai kerajaan untuk melahirkan sokongan terhadap pembangkang bahkan wujud sentimen yang menyifatkan bahawa tanpa UMNO negara akan huru-hara. BTN juga dilihat menyumbang kepada kemandulan idealisma mahasiswa hasil daripada cerapan anti-pembangkang yang dikatakan tidak patriotik. Tindakan agresif mahasiswa terdahulu disifatkan sebagai pemecah belah bangsa dan tidak berlunaskan adab perlembagaan. Maka nama-nama tokoh mahasiswa seperti Anwar Ibrahim dan Hishamudin Rais dilabel sebagai agen penjajah yang cuba merosakkan kemerdekaan tanah air melalui tindakan subversif yang menggugat keamanan. Inilah bentuk paksaan minda yang diamalkan oleh BTN bagi memastikan pesertanya meyakini bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional mampu menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.

BTN membantutkan daya intelektual masyarakat

Sebagai sebuah negara yang sedang bergerak ke arah pencapaian status negara maju, pembinaan minda rakyat juga seharusnya dibenarkan untuk berkembang secara bebas selaras dengan tahap intelektual berkelas dunia. Kerajaan Barisan Nasional seharusnya meneladani kepimpinan negara-negara maju yang mampu bersifat terbuka terhadap persepsi masyarakat samada negatif mahupun positif. Presiden Indonesia misalnya, beliau mampu mempamerkan kredibiliti sebagai seorang pemimpin berwibawa apabila beliau bukan sahaja tidak menyekat rakyatnya melakukan demonstrasi, bahkan menasihatkan agar rakyatnya menjaga keselamatan semasa berdemonstrasi. Namun keadaan sebaliknya berlaku di Malaysia apabila semangat reformasi rakyat terus dihalang melalui kekangan kuasa dan jiwa rakyat terus tekan melalui doktrinisasi BTN. Natijahnya, wujud sebahagian rakyat Malaysia yang terus dibelengu dengan ketakutan terhadap perubahan lantas mereka sanggup duduk terperuk dan melayan ugutan pemerintah terhadap periuk nasi mereka.

Pemimpin Mahasiswa Perlu Bangkit

Kini sudah tiba masanya untuk mahasiswa tampil dan membantu dalam memulihkan kembali integriti rakyat Malaysia yang pada pandangan saya amat jauh ketinggalan berbanding rakyat negara maju yang lain. Saya tidak memaksudkan rakyat Malaysia secara kolektif, namun ada sebilangan besar yang telah dijangkiti sindrom ketakutan dan konflik kepercayaan akibat saduran BTN yang melampaui hak kebebasan minda untuk berfikir dan memilih. Maka rakyat sedang menanti satu suara yang mampu menggegarkan suasana kondusif pemerintah agar mereka tidak menyisih pandang tuntutan rakyat ini. BTN sudah tidak relevan dengan zaman kebebasan ilmu pengetahuan serta tahap pemikiran masyarakat yang semakin berkembang maju. Oleh itu BTN perlu dirombak atau dimansuhkan secara total. Maka saya menyeru setiap pemimpin mahasiswa untuk tampil dan menyuarakan pendirian bahawa mahasiswa menuntut agar kerajaan mengkaji semula perlaksanaan BTN melalui rombakan diperingkat dasar mahupun pemansuhan BTN secara total.

Mahasiswa menyokong sebarang usaha untuk membina semangat patriotisma yang tinggi, namun mahasiswa juga meyakini bahawa BTN bukan jalan tunggal untuk usaha tersebut.

Usah cari siapa salah : Teori 1 : Syura tempang 1 comments

Gempar seluruh anggota apabila Mursyidul Am Pas mencadangkan secara terbuka agar muktamar khas diadakan sebagai langkah penyingkiran pimpinan yang dianggap Pro-UMNO. Apabila berbicara dalam satu kerangka jemaah yang diikat dengan tautan Bai'atul Amal, saya secara peribadi merasakan adalah amat tidak beradab untuk ahli diperingkat seranta menuding jari mencari individu yang bersalah. Biarpun adab songsang itu semakin selesa menghuni akhlak ahli mahupun pimpinan tertinggi.

Saya lebih gemar melihat perkara ini secara mendasar dengan menilai perkara yang berlaku pada hari ini sebagai natijah dan 'Iqab di atas kelalaian memikul amanah Allah. Pada kedangkalan akal yang ada, penulis merasakan satu bencana besar seakan-akan sedang menimpa PAS apabila institusi yang paling disegani yakni Majlis Syura seperti hilang taring dan fungsi. Lebih mengejutkan apabila pertembungan yang berlaku melibatkan anggota Majlis Syura yang selama ini menjadi tulang belakang kepada pergerakan PAS. Apakah Trustworthy dan kredibiliti yang selama ini dianggap sebagai imuniti Majlis Syura semakin terhakis sehingga pertikaian dalaman terpaksa dihebahkan kepada masyarakat umum.

Lanjutan daripada pertikaian terhadap Majlis Syura ini, penulis menganggap peranan institusi ulama juga semakin tidak dominan dalam mengimbangi krisis dalaman jemaah. Jika teori ini benar, maka PAS bakal berhadapan dengan gelombang transformasi yang besar samada selari dengan 'uruf ataupun akur kepada revolusi massa. Mood Muktamar Agung baru-baru ini jelas memperlihatkan bahawa segenap ahli jemaah masih tegar dalam meletakkan kepercayaan penuh kepada kepimpinan Ulama. Mungkinkah kepercayaan itu membuatkan golongan Fakih ini semakin selesa sehingga terpinggir ditelan krisis dalaman.

bersambung...Teori 2 : Konflik adab

Peringatan Untuk Jihadist 0 comments

1. "Ini semua berlaku sebab manusia sudah tidak segan dengan maksiat"
2. "Ini semua adalah kejadian sains yang telah mencatatkan bahawa bencana alam merupakan kitaran hayat Bumi.

Dua ungkapan di atas adalah jawapan standard manusia samada yang Mukmin, Muslim, mahupun non muslim. Biasanya jari akan dituding kepada perilaku maksiat manusia yang kini kelihatan sudah menjadi norma dalam penyesuaian manusia dengan waqi' kemajuan alam. Maka apabila berlaku gempa bumi, tanah runtuh, banjir besar, atau tsunami yang menelan ribuan nyawa, akan bertebaran ceramah dan peringatan agar manusia kembali kepada agama dengan meninggalkan maksiat. Inilah yang menjadi rutin para pendakwah mahupun yang bergelar ulama.

Hakikatnya bencana tidak pernah kurang bahkan semakin tampak garang dengan kejadian demi kejadian yang amat menggerunkan. Penulis sangat optimis untuk menuding jari bahawa Jihadist bertanggungjawab ke atas bencana alam yang menimpa umat manusia pada hari ini

Mengapa???

Alasannya adalah kerana Jihadist yang mudah berpuas hati dengan usaha dakwah yang dilaksanakan. Umpama melepas batuk di tangga, dakwah dilaksanakan tidak disusuli dengan postmortem justeru menatijahkan hasil yang alang kepalang.

Tarbiah pula lesu ditakuk yang lama selama bertahun-tahun tanpa menilai waqi' ancaman semasa. Sistem yang ada dibiar usang tanpa penelitian yang rapi lantas melahirkan generasi pak urut yang tidak memahami asas pendirian, penakut dan tidak memahami halatuju perjuangan.

Sekiranya diwujudkan kayu ukur untuk menguji tahap pengetahuan pendakwah mengenai Global Knowledge, penulis optimis bahawa pendakwah hari ini tidak mampu untuk mencapai tahap Knowledge Worker yang sedang digembeling keras oleh kuasa Zionis melalui institusi eropah. Pendakwah kita hanya tahu membuka kitab agama yang menjadi rujukan tetap, sedangkan Barat sudah mengolah puluhan buku rujukan yang tidak pernah pendakwah kita gunakan.

Kita sebagai pendakwah juga kerap berbangga dengan pencapaian orang lain tanpa ada usaha bersepadu untuk mencontohi usaha tersebut. Jika api Intifadha Palestin dapat dikibarkan hanya dalam tempoh lima belas tahun oleh seorang yang lumpuh dan terhad penglihatan, mengapa gerakan kita yang sempurna pancaindera dan disokong oleh keberadaan dunia tidak mampu mengolah reformasi yang sesuai dengan kehendak Syariat dan masyarakat?.

Hakikatnya keseluruhan aspek gerakan dakwah kita pada hari ini perlu disemak dan dikemas kinikan. Kita gemar berbicara soal 'Ubudiah, zuhud, jihad, pengorbanan jiwa dan harta, syahid dan sebagainya, namun dalam sedar atau tidak, kita juga masih mengharapkan hidup mewah, elaun kerajaan, kereta mewah, rumah besar, gaji bulanan yang besar, dan segala macam imbuhan hidup yang menumpulkan mata pedang perjuangan. Demi mencapai keinginan tersebut, segala macam kaedah fiqh diolah sehingga menghalalkan toleransi dengan kepimpinan kufar ,yang dalam masa yang sama sedang menghambat penjuang agama yang ikhlas dalam perjuangan.

Kesimpulan untuk pandangan yang dhaif ini, bencana Allah ini perlu dijadikan iktibarkan oleh para pendakwah untuk mengemas kini segenap usaha jihad yang dilaksanakan .

Rialiti Daulah Islamiah abad 21 : Apakah semakin hampir? 0 comments


Kita sering berkata bahawa suatu hari nanti Islam pasti menang. Ramai pemikir Islam dan penganalisis barat seperti Alnold Toynbee meramalkan bahawa abad 21 adalah milik Islam. Roger graudy yang merupakan bekas pendokong ideologi Marxisme turut mengatakan bahawa "The Future Religion Will Be Islam" . Tapi apakah dalam keadaan umat Islam yang berpecah, kekalutan amalan sesat, ideologi politik bebas, Sosial yang mencengkam, hedonistik yang disanjung, pendakwah yang lemah dan ilmu yang tempang selari dengan matlamat kemenangan Islam tersebut.???. Maka kenyataan ini seharusnya memberi tamparan kepada umat Islam yang sedang terlena dan terleka. Kemenangan masih terlalu jauh bagi umat Islam yang kerap mengharapkankan takdir kemenangan dan tidak gemar berfikir. Kenyataan positif intelektual barat itu adalah terlalu benar jika didasarkan kepada intipati Islam dan bukannya umat Islam. Perkara ini menuntut kita untuk mengambil langkah drastik berperancangan bagi merialisasikan Sunnah kejayaan Islam.

Kita kerap berbicara mengenai Islam sebagai cara hidup. Namun apakah kita telah mewajahkan Islam sebagai cara hidup dalam erti kata sebenar?. Maka jawapannya ialah Islam hanya akan menjadi sistem yang sempurna apabila umat Islam sudah memiliki negara dan meletakkan Al Quran sebagai perlembagaan tertinggi. Dalam berbicara mengenai Daulah Islamiah, kita tidak boleh mengambil jalan pintas dengan hanya menceritakan mengenai kepentingan dan manfaat yang bakal terhasil. Oleh kerana kelam kabut ingin mencari mad'u, maka ramai para Da'ie mencipta pelbagai cereka mengenai perjuangan menegakkan Daulah. Sejauh mana Dai'e itu sendiri memahami konsep Al Islam Ad Din Wa Daulah, masih tidak dapat dipastikan. Dai'e terlebih dahulu perlu memahami konsep pencapaian Daulah berdasarkan rasional zaman yang telah berubah. Semestinya untuk mencapai sebuah Dunia Islam pada hari ini menuntut para penggerak dakwah untuk memiliki ilmu yang mendalam mengenai konsep kenegaraan secara global..

Ayuh kita renungkan jenaka berikut?

Apa mungkin cara yang logik untuk Islam menguasai Dunia pada hari ini? apakah perlu ada Hijrah ke dua untuk memulakan proses pencapaian Daulah di abad moden?. Atau Daulah hanya akan terbentuk jika ummah sudah bersedia untuk ke medan Qital? Apakah sistem perundangan negara-negara Islam yang ada pada hari memungkin kita untuk menegakkan daulah? Bagaimana akan tertegak Daulah jika di Algeria 73 peratus daripada umat Islamnya tidak tahu membaca? Apakah OIC boleh dianggap sebagai platform terbaik untuk mewakili umat Islam? Apakah Daulah yang terbentuk akan menerima Islamisasi sekularisme, Sosialisma dan Marxisme? Jika sudah berjaya, apakah mungkin nama bagi kerajaan Islam yang baru? apakah Uthmaniah, atau Ikhwaniah, atau hanya Islamiah?

Biarpun semua persoalan diatas terlalu abstrak untuk difikirkan, namun ianya logik untuk kita depani. Dalam keadaan ideologi manusia menjadi kitab rujukan umat, para Dai'e perlu mencari jalan bersepadu dalam mengislah kembali jiwa-jiwa yang mampat dengan hidangan zionisme. Maka konteks pembentukan Daulah tidak boleh disempitkan kepada penceritaan mengenai kepentingan dan manfaat semata-mata, namun ruang lingkup yang menyeluruh mengenai langkah rialistik ke arah pencapaian daulah perlu diberi perhatian. Sebagai contohnya, untuk mencapai Daulah pada hari ini sudah pasti akan menyentuh mengenai aspek perundangan civil dan syariah, pendidikan formal dan tidak formal, Islamisasi Ekonomi Marxisme dan Kapitalisme, Media Global, Pertubuhan Antarabangsa seperti PBB, OIC, NAM, ASEAN, dan pelbagai isu kenegaraan yang perlu dikuasai.

Maka atas dasar ini konsep negarawan Islam perlu menjadi agenda penting dalam melahirkan golongan pendakwah yang fleksibel. Jika golongan agama berasa kurang senang dengan istilah Profesional Ulama maka golongan agama perlu berkerja keras untuk melahirkan generasi Ulama Profesional. Penerapan konsep kenegaraan dalam agenda tarbiah dan dakwah dilihat sebagai wahana yang sangat signifikan bersesuaian dengan matlamat kemenangan Islam. Untuk menyesuaikan keadaan ini di medan kampus, maka para Nuqaba' perlu melakukan reform dalam aspek penyampaian usrah penguasaan thaqafah.

"masalah utama umat Islam pada hari ini adalah malas berfikir"
- Malek Bennabi, Negarawan Islam, Algeria.




Waqi' dan Sterategi 0 comments

Gerakan Mesti Ikut Waqi'???

Dalam menyentuh aspek dakwah berdasarkan Waqi', maka setiap jundu perlu jelas di mana sebenarnya titik rujukan untuk persoalan ini diselesaikan. Antara perkara yang perlu difahami ialah.

1. Siapa yang mencipta waqi'
2. Elemen yang mampu mengubah waqi'
3. Adakah benar waqi' yang biasa, dan apakah sesuai waqi' yang benar?
4. Apakah tuntutan sebenar Waqi' pada hari ini?
5. Bagaimana cara untuk merobah Waqi'?


Persoalan ini tidak akan mampu dijawab jika seseorang jundu belum menamatkan pembacaan dan pengkajian terutamanya mengenai buku harakiah yang berbentuk pendidikan. Buku-buku ringkas seperti Pendidikan Harakah Islamiah karangan said Hawa, Risalah Ta'lim karangan Hassan Al Banna dan bacaan lanjutan seperti The Clash Of Civilization karangan Samuel Huntington serta buku pengurusan abad 21 karangan Wan Liz Ozman perlu ditelaah sebaik mungkin agar para jundu dapat melihat tasawur sebenar gerakan umat pada hari ini.

Ini seterusnya akan mendatangkan satu hasil yang cukup luar biasa justeru mengetuk kepala para penggerak jihad mengenai hakikat waqi' yang perlu dicipta. Amat menghairankan apabila waqi' sering dijadikan alasan untuk sesuatu gerakan dakwah dikendurkan. Lebih menyedihkan apabila golongan ini bijak mengunakan segala macam kaedah fiqh untuk melindungi kebaculan yang membelengu mereka.

Demi menjaga nama, status, dan kegerunan terhadap ancaman Universiti, mereka mencipta alasan yang cukup unik untuk tidak bertempur secara pejuang. Lantas mereka menyatakan bahawa kononnya kita perlu bersterategi untuk menjaga dakwah nafas panjang. Masalahnya ialah, apakah ruang diberi oleh tuhan sebelum ini telah digunakan secara optima? dan apakah nafas yang telah digunakan sebelum ini mampu membawa hasrat dan cita-cita jemaah?.
Nafas panjang atau tidak sebenarnya bukanlah persoalan utama. Perkara yang penting ialah hanya Allah berhak menentukan sejauh perjuangan ini mampu bernafas. Tugas da'ie ialah mencipta gerakan dengan segenap ruang yang ada agar matlamat amal jama'ie dapat dirialisasikan.

Berikut merupakan sorotan kisah mengenai sterategi dakwah golongan terdahulu dan persoalan yang timbul berkaitan waqi'.

1. Dakwah sirriah Rasulullah dijaharkan setelah mendapat pandangan Omar Al Khattab dan wahyu daripada Allah.
Persoalan : Mengapa tidak diteruskan sahaja dakwah sirriah demi menjaga keselamatan Islam? bukankah bahaya jika dakwah di jaharkan sedangkan kekuatan umat Islam terlalu lemah? Jika Rasulullah terbunuh, apakah masih ada masa depan untuk Islam? apakah pandangan Omar tidak mengambil kira waqi' mekah yang dipenuhi kejahilan?

2. Setelah proses hijrah berjaya, rasulullah membina sebuah negara Islam dengan termaktubnya Piagam Madinah.
Persoalan : Apakah waqi' masyarakat Madinah ketika itu sesuai sedangkan golongan yahudi merupakan bangsa majoriti?

3. Imam Abu hanifah seorang ulama besar yang hidup dizaman Khalifah Islamiah, beliau telah syahid di racun akibat menolak jawatan untuk menjadi mufti pemerintah.
Persoalan : Apakah Imam Abu Hanifah seorang yang tidak memahami Waqi' sehingga beliau terbunuh? bukankan baik jika jawatan mufti diterima untuk menjaga dakwah nafas panjang?

4. Syed Qutb dihukum bunuh kerana ingkar terhadap seruan kerajaan.
Persoalan : Apakah Syed Qutb juga tidak memahami waqi'? bukankah jika dia menyahut seruan kerajaan beliau akan dapat hidup dan menjaga dakwah nafas panjang?
Masih terdapat banyak kisah yang menceritakan bagaimana manusia mampu memainkan peranan dalam membina waqi'. Waqi' sememangnya tidak dibina dalam masa satu hari mahupun satu tahun, namun gerak pemula untuk mencorak suatu waqi' boleh bermula pada bila-bila masa dan keadaan.

Gerakan Perlu Bersterategi?

Ramai yang mengatakan bahawa gerakan dakwah perlu bersterategi dan terancang. Sebarang tindakan yang mendatangkan bahaya dianggap tidak terancang dan bercanggah dengan waqi'. Amat melucukan apabila kalimah tersebut keluar daripada mulut jundullah yang masih terkial-kial untuk mencipta sebuah Grand design yang ringkas.

Siapa yang berani mengatakan bahawa 313 tentera Islam diperang Badar sebagai tentera yang bodoh kerana tidak mengukur kekuatan sendiri untuk bertempur dengan musuh?
Siapa yang berani mengatakan bahawa ketewasan umat Islam diperang Uhud sebagai kedangkalan sterategi Rasulullah?

Apa yang penting ialah, sterategi tetap sterategi dan ia perlu dicatur sebaik mungkin dengan kemampuan yang optima. Kejahilan seseorang tentang sterategi menyebabkan individu tersebut gagal membaca sebuah gerakan yang bersterategi.

Penutup...

Ya, perjuangan sememangnya amat perlu untuk mengambil berat soal waqi' dan sterategi. Namun bukan untuk berdiam dan akur pada waqi' yang membungkam. Sekiranya kita memandang hanya pada dakwah nafas panjang dikampus, maka mungkin resolusi yang terhasil juga sempit. Pejuang perlu mendongak dan melihat rialiti umat yang diperlukan oleh dunia sebelum kehadiran Mahdi dan nabi Isa. Bagaimanakah agaknya keadaan umat yang akan membantu gerakan Mahdi dan Isa dalam mengapuskan dajal laknatullah?. Apakah ciri-ciri golongan itu seperti kita? atau ciri-ciri kita dan bangsa kita hanya akan menjadi tempat untuk Dajal berlindung dan kita rela untuk melindung.

Apa yang penting dan perlu difahami ialah perjuangan biasa sudah semestinya tidak mampu menghasil sesuatu yang luar biasa. Dan sesuatu yang luar biasa takkan lahir daripada individu yang biasa, yang mana sering menonton wayang diwaktu lapang, kerap tidur diwaktu senggang, rajin bersembang kosong dimeja makan, selalu bergurau tanpa matlamat, suka bersembang soal wanita, sering membaca komik hiburan, kerap menonton tv, dan akhirnya gemar memberi alasan apabila diseru untuk berjuang.

muhasabah untuk penulis

Jauhnya mahasiswa kampus ketinggalan (siri I) 1 comments

Front mahasiswa peringkat nasional sudah lama mengibarkan panji jihad terkini iaitu perjuangan kenegaraan secara kolektif. Mendengar kalimah ini maka terloponglah sebilangan besar penggerak jihad kampus yang selama ini lena dalam kancah perjuangan tersendiri. Amat menghairankan apabila masih wujud mahasiswa yang mampu berdiam diri melihat kebejatan moral yang semakin meruncing. Berpeluk tubuh dan memaling pandangan terhadap kebobrokan seakan-akan lupa kepada pertanggugjawaban seorang khalifah. Tuntasnya, perkara ini berlaku kerana tidak ramai jihadist kampus yang berani merempuh arus kuno sistem pendidikan kampus.

Mengapa Jurang Fikrah ini wujud????

Apabila ditanya mengapa jurang ini wujud, secara pasti penulis menjawab bahawa kampus itu sendiri bertanggungjawab terhadap permasalahan ini.

Tapi dimana salahnya???

Yang salah adalah sistem perkaderan yang jumud dan lesu. mengapa perlu kita biarkan sistem perkaderan kita dihimpit dengan cara jumud yang telah menyebabkan merudumnya prestasi jihad gerakan mahasiswa pasca 2000 ke atas. Saya tidak katakan jumud pada tamrin dan usrah, namun kaedah perlaksanaan tarbiah itu secara keseluruhanya terlalu beku tanpa praktikal teori.

Tamrin mendidik ahli dengan mengada-adakan ujian dan cabaran secara retorik daripada nuqaba' yang belum pasti melalui segala ujian dan cabaran yang diceritakannya. Bagaimana ahli hendak menjiwai segala pembawaan tarbiah jika nuqaba hanya tahu bercerita berdasarkan pengalaman lampau dengan tidak membawa ahli kepada hakikat realiti. Nuqaba' hanya tahu bercerita dan bersembang, ahli pula tidak dilalukan pada fasa praktikal yang sebenar bagi menguji tahap kefahaman ahli yang ditarbiah. Maka lahirlah sistem tarbiah yang retorik dan cukup berkesan untuk melahirkan ahli yang penakut dan berpotensi besar untuk futur di medan jihad.

Usrah pula menjadi medan sufi yang tidak terkawal dengan skop perbincangan yang jumud. Melatih ahli untuk dekat dengan Pencipta tanpa dijelaskan natijah hati yang telah ditarbiah oleh pencipta. Apakah usrah kita hanya untuk melahirkan pekerja masjid yang rajin bersolat malam dan setia membantu kerja-kerja masjid? Memetik bicara seorang tokoh yang telah mengarang kitab Fi Zilalil Quran, segala tarbiah ruhaniyah hanya akan berhasil apabila kekuatannya sudah sebati dengan panca indera. Apabila solat malam sudah sebati dengan kegarangan jihad di pagi hari, apabila qiyamullai sudah sebati dengan keghairahan dakwah di pagi hari, maka itu menjadi petanda bahawa qiyam itu mendatangkan hasil. Solat malam itu berjaya meratakan iman diseluruh pelosok anggota tubuh jihadist sehingga mereka tegar melaksanakan amanah kekhalifahan.

Ada juga usrah yang gemar membincangkan perkara-perkara teoritikal yang tidak disusuli dengan penjelasan secara realiti. Sebagai contohnya, apabila Naqib menyentuh aspek ujian dan cabaran dalam perjuangan, yang diceritakan terlalu banyak adalah kisah Imam Hassan Al Banna. Tidak salah untuk menyingkap kisah tragis Asy Syahid, namun lebih molek jika para ahli di bawa kepada alam sekeliling yang lebih dekat. Ini menuntut para Nuqaba' untuk rajin membaca dan mengkaji hakikat dakwah seranta. Kenapa tidak diceritakan proses ujian dan cabaran di tanah melayu yang kemudiannya berubah menjadi Malaysia. Kenapa tidak diceritakan kepada ahli mengenai anak tempatan yang telah syahid di bumi sendiri mahupun di tanah orang. Mengapa tidak diceritakan mengenai kisah setempat yang juga dihuni oleh mujahidin yang saban hari sedang bergelumang dengan ujian dan cabaran. Jika Naqib tidak rajin mencari dan mengkaji, maka hasilnya akan memadai dengan kelahiran ahli yang lesu dan tidak bermaya.

(bersambung...)
Episod seterusnya, Menyingkap jalan keluar daripada kepompong jumud menuju negarawan sejati




Tuan Guru Nik Aziz Perlu Berundur (siri I) 0 comments

Kiranya sudah cukup lama T.G.NANM. memegang tampuk populariti sebagai pemimpin pembangkang yang paling dominan. Diakui sememangnya sudah terlalu banyak perubahan yang telah ditabur dalam usaha beliau mendatangkan model umat Islam yang sebenar. Namun perlu juga diakui bahawa zaman sedang berubah. Islam adalah perkara yang tetap akan tetapi pembawanya memiliki turun naik yang telah disunnahkan.

Kelewatan TGNANM melabuhkan tirai jawatan hanya akan mendatangkan komplikasi yang lebih rumit dalam kalangan penyokong fanatik yang tidak memahami wala dan qiyadah. Pada perkiraan penulis alasan ketiadaan pelapis dan pengganti sudah tidak relevan dengan taburan generasi muda jihadist yang semakin bercambah. Hanya peluang yang perlu diberikan agar potensi sebenar dapat ditonjolkan sekaligus menghentikan tradisi kebergantungan dengan kepimpinan lama.

Jika TGNANM risau akan masa yang mungkin tidak sesuai untuk beliau berundur, maka sekarang mungkin masa yang sangat sesuai. Mengapa?, kerana krisis dalaman yang berlaku dan juga situasi musuh yang seakan-akan semakin hilang hormat terhadap kepimpinan TGNANM. Ketika inilah TGNANM perlu meyakini keberlansungan Tarbiah yang dilaksanakan selama ini. Jika gerasi PAS sudah ditarbiah sebaik mungkin, maka tidak timbul persoalan untuk TGNANM risau untuk berundur. Orang yang ditarbiah sudah tentu sentiasa sudi menerima tunjuk ajar mahupun teguran daripada individu yang bergelar mantan pimpinan.


Merdeka menjelang lagi 0 comments

Sudah 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Bagi penulis, selaku manusia yang baru meyedari hakikat kemerdekaan selama 11 tahun, tidak banyak yang boleh penulis banggakan. Minda ini mencapai kematangan ditengah-tengah krisis reformasi yang telah melonjak akal keanakan pada ketika itu untuk memahami dunia politik. Lantas tafsiran radikal terus lahir dengan menyatakan politik DR M terlalu kejam apabila beliau sanggup menzalimi rakan sekerja. Biar sebesar manapun salah Anwar Ibrahim, adalah tidak molek untuk beliau diaibkan sebegitu rupa.

Sejak itu kemerdekaan pada perkiraan penulis sudah dianggap seperti jasad kosong yang tidak lagi membawa pengertian yang perlu disanjung tinggi. Bahkan jasa kemerdekaan kerap disalah erti dan dijadikan benteng kebal oleh pemerintah dalam meraih semula simpati rakyat yang semakin beralih angin. Tambah menyedihkan selama 52 tahun yang telah berlalu masih ramai pejuang sejati yang dinafikan hak penghormatan terhadap mereka. Sehingga kini masih ramai yang tidak mengenali siapa sebenarnya Burhanuddin Al Helmi. Apatah lagi nama mujahid zuhud Abu Bakar Al Baqir yang rela syahid asal tidak tunduk pada tali barut barat yang bertopengkan perpaduan dan keamanan. Maka kemerdekaan kita terus menganiaya mereka dengan tanggapan pesimis rakyat yang telah disemai oleh kerajaan ciptaan British.



ISA : Kisah Untuk 1 Malaysia ( siri 2) 0 comments

Mat Sah Satray, seorang tahanan ISA selama 7 tahun masih belum dibebaskan hingga ke hari ini. Beliau ditahan di rumahnya pada 17 April 2002 atas tuduhan terlibat dengan aktiviti subversif Jemaah Islamiah atau lebih dikenali sebagai JI. Seperti biasa ISA masih gagal membuktikan secara jelas keterlibatan Mat Sah dengan pergerakan JI. Namun itulah ISA, undang-undang untuk menghukum tanpa bicara. Agen pemuas nafsu mereka yang bacul, buta iman dan mandul sifat kemanusiaan.

Mungkin nada penulisan ini berbaur pesimistik yang dianggap tidak bersesuaian dengan mustawa intelek seorang mahasiswa. Namun adalah tidak dapat disembunyikan lagi betapa menggelegaknya hati apabila melihat kezaliman demi kezaliman yang berlaku tanpa ada pembelaan. Ditahan selama 7 tahun tanpa sabit kesalahan dan diperlakukan seperti binatang adalah suatu perkara yang amat memalukan bagi sebuah Negara merdeka seperti Malaysia. Adalah amat tidak bermaruah apabila Kerajaan Malaysia mengutuk kezaliman penjara Guantanamo walhal dalam masa yang sama ISA masih dibiarkan menzalimi rakyat.

Ditahan selama tujuh tahun adalah menyerupai hukuman penjara yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kepada seorang ibu yang telah membunuh anak kandungnya. Apabila telah terbukti wanita itu bersalah menurut garis panduan undang-undang , maka hakim memutuskan untuk memenjarakan ibu tersebut selama 6 tahun 10 hari. Datuk Abdul Rahim Uda selaku hakim terbabit mengakui begitu sukar untuk mensabitkan kesalahan dan memenjarakan ibu berkenaan kerana perasaan belas dan kasihannya kepada ibu tersebut yang dianggap mengalami tekanan hidup yang amat dasyat.

Oleh itu, apakah Mat Sah Satray tidak berhak memperolehi keadilan yang sama?, Setelah dipenjara 7 tahun, apakah telah terbukti sekiranya ada mangsa yang dibunuh atau dicederakan oleh Mat Sah? Bagaimana dengan keadaan Isteri dan anak Mat Sah yang dinafikan hak kekeluargaan mereka?, Apakah layak untuk manusia memainkan peranan Tuhan dengan memisahkan kasih sayang seorang ayah dengan anaknya tanpa hujah dan alasan?

Nyata sekali hukuman yang dikenakan ISA ke atas Mat Sah lebih dasyat berbanding hukuman yang dikenakan kepada ibu yang membunuh anak kandungnya sendiri. Bahkan tidak terhenti di situ, ISA turut menghukum anak dan isteri Mat Sah yang terpaksa hidup bergelimang sengsara dan perasaan yang terus dihimpit tekanan. Lebih menyedihkan apabila semua hukuman ini terpaksa dilalui oleh Mat Sah dan keluarganya tanpa sekalipun beliau disabitkan bersalah oleh mahkamah.

Jika kita memiliki norma kemanusiaan yang biasa, sudah pasti kejadian ini tidak mampu diterima akal yang secara azalinya sentiasa mementingkan sebab dan punca. Namun ISA secara terang dan nyata amat bertentangan dengan norma ini. Mungkinkah ini menunjukkan bahawa ISA dan pelakunya adalah bukan manusia yang datang dari luar bumi seperti Dajal yang dijanjikan di akhir zaman. Kisah Mat Sah ini hanya sekelumit cerita duka daripada puluhan lagi kisah sengsara yang perlu kita rungkaikan.

Ingatlah mahasiswa bahawa kita adalah agen perubahan. Kita mampu mencetus ke arah pembinaan sebuah bangunan pencakar langit. Maka kita juga mampu untuk meruntuhkan mahligai kezaliman yang telah sekian lama bertapak di kemunting. Di sana ada insan teraniaya yang sedang terkurung dan dizalimi. Dia terpisah daripada Isteri tersayang dan anak tercinta. Apa yang pasti dia semestinya menunggu kehadiran kita untuk membela.

Asriabdullah
KUIS 09


ISA : KISAH DUKA UNTUK 1 MALAYSIA 0 comments

"Ayah ditahan pada pukul 4.30 pagi 14 Desember 2002 ketika kami masih nyenyak tidur,kami adik beradik hairan kepana tiba-tib ayah mengucup pipi kami dan di belakang ayah ada ramai orang yang tidak dikenali menggeledah rumah kami dan terus membawa ayah pergi entah ke mana,"
- Fatin Abdullah Mat Nor, 10 tahun. anak kepada tahanan ISA Jemaah Ismaliyah

"Ini masuk tahun ke-7 suami Akak ditahan ISA. Selama itulah akak menyara lapan orang anak dengan menjual air soya, Anak-anak akak yang kecil, hari-hari tanya bila ayah pulang. Tak sampai hati nak mendengarnya. Tak tahu lagi macam mana nak jawab”
- Halimah Ishak. 46 tahun. Isteri kepada tahanan ISA

Suatu hari dia pulang dengan agak kesedihan. Selepas makan dan solat jemaah Zuhur saya ke biliknya. Dalam berbual air matanya mengalir. Katanya, dia terkenangkan betapa setia isterinya bersusah payah datang menemuinya sewaktu dia baru 10 hari melahirkan anak lelaki. Kerana tahu suami berhajatkan anak lelaki, dia tak sabar-sabar datang membawa anak itu untuk ditunjukkan pada dia.
- Tahanan ISA.

Aina Mardhiah Shahrial, seorang gadis remaja berusia 17 tahun, telah terjatuh dan nazak secara tiba-tiba. Ayahnya Shahrial merupakan tahanan ISA selama tujuh tahun, tidak dibenarkan pulang dengan segera. Akhirnya Shahrial hanya sempat menatap wajah kaku puteri sulungnya tanpa sebarang salam perpisahan
- Tahanan ISA.

“Abah duduk berteleku di sebelah jenazah, perlahan-lahan tunduk dan mencium pipi sejuk nenek. Abah mencium pipi kiri dan kanan, itulah ciuman terakhir Abah untuk nenek. Kuperhatikan Abah agak lama melekapkan hidungnya di pipi itu. Mungkin Abah tidak pernah terfikir, penahanan ISA ke atasnya akan menyebabkan perpisahan dengan ibu kandung kesayangan hingga ke akhir nyawa”.
- Cikgu Laila. Isteri tahanan ISA

Apakah kita masih mampu untuk memejamkan mata setelah mendengar pelbagai cerita kezaliman yang menimpa saudara-saudara kita ?. Apakah kita tidak terpanggil untuk membela anak kecil yang dinafikan haknya untuk bermanja dengan ayahnya ?. Apakah kita tidak merasa bersalah dengan kehidupan yang selesa sedangkan ada ibu-ibu sekeliling kita yang hidup menderita akibat terpisah dengan suami tercinta ?.

Ayuh, mahasiswa. Kita hidupkan peranan kita sebagai suara rakyat. Kita kembalikan roh perjuangan yang telah lama hilang. Kita adalah generasi intelek yang berjiwa merdeka. Kuasa kita adalah rakyat, dan rakyat sedang memerlukan kita. Buktikan kecintaan kita pada Negara dengan membersihkan tanah air ini daripada sebarang bentuk kezaliman. Mari kita penuhkan udara Malaysia dengan gempita bantahan terhadap ISA. Sudah tiba masanya untuk kita bangkit dengan suara yang padu dan jitu. Jika kita mampu untuk berbicara lantang membela saudara seagama di tanah Palestina, mengapa kita perlu merasa ragu untuk membela saudara di tanah air sendiri.

ISA adalah isu kita. Jika tidak dimansuhkan pada hari ini, adalah tidak mustahil suatu hari nanti ISA akan turut menghukum generasi kita yang tidak bersalah.

Ayuh Mahasiswa, kita sempurnakan perubahan.

Asriabdullah
KUIS 09




Seruan Untuk GMI (siri 2) 0 comments

Perasaan begitu gembira apabila menyaksikan pergerakan politik Malaysia yang semakin membangun. Sihat ataupun tidak adalah menjadi perkara kedua, apa yang penting ialah politik kita semakin berkembang maju dengan rakyat sudah cakna mengenai kepentingan politik dan pemerintahan. Penulisan ini tidaklah terlalu obses terhadap politik sebagai jalan perubahan kerana masih terdapat banyak jalan lain untuk membina sebuah reformasi. Namun dalam kondisi Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi, politik sebagai jalan terbaik untuk mendokong apa juga cita-cita seperti 1 Malaysia mahupun Membangunan bersama Islam. Oleh itu politik sentiasa dicorakkan oleh sesiapa yang memegang tampuk kekuasaan. Maka bermula Mac 2008, Malaysia dipacu ke arah satu Malaysia manakala Kelantan, Kedah, Selangor, dan Pinang terus bergerak ke arah pembentukan negeri berkebajikan.

Fahami Siapa Kita?

Biarlah UMNO dan PR membawa halatuju dan kaedah pemerintahan masing-masing, apa yang perlu kita fikirkan adalah samada mahasiswa kini masih mampu untuk mencelah dalam keghairahan pembangunan politik ini. Kerna pada perkiraan rakyat, mahasiswa kini tidak lebih daripada anak emak dan ayah yang hanya membawa cita-cita emak dan ayah untuk membina kehidupan keluarga yang sempurna. Sememangnya itu merupakan kata akar kepada peranan mahasiswa sebagai cerdik pandai yang memikul hasrat keluarga, namun apakah mahasiswa boleh membutakan mata terhadap rialiti dunia yang telah lama memberi mandat baru kepada mahasiswa. Mandat ini secara jelas meletakkan harapan besar kepada mahasiswa agar memikul bebanan sebagai agen perubahan dan pembelaan rakyat.

Tamatkan perbincangan lapuk.

Kiranya memadailah sudah untuk mahasiswa berbicara mengenai pokok tarbiah, kerana perbincangan ini tidak akan pernah sudah memandangkan kitaran mad'u yang sentiasa datang dan pergi. Mad'u yang datang di proses sehingga menjadi Mujahid Dakwah dan yang pergi perlu dipastikan kemampuannya dalam menyerap tekanan Jihad. Maka perkara itu sentiasa berputar dalam sistem Tarbiah sejak sekian lama. Hari ini mahasiswa perlu berani membuka jendela baru. Jendela yang membawa golongan intelek muda ini ke lembah pemikiran dan pengamalan yang baru. Terpulang samada ingin membina sebuah jendela baru atau bersama mengisi ruang di jendela yang telah terbuka, yang penting sudah tiba masanya untuk mahasiswa khususnya ahli GMI berpadu tenaga untuk perubahan.

Berpadu Untuk Perubahan

Apakah kita selesa melihat perubahan demi perubahan berlaku tanpa keterlibatan kita. Apakah kita sanggup menikmati kedamaian dan keselesaan sedangkan wujud kelompok lain yang sibuk berpencak bagi membentuk perubahan. Rasanya kini sudah tiba waktunya untuk kita turut berpencak biarpun terpaksa menggunakan seni silat yang agak berlainan. Apa yang penting keseluruhan ahli GMI perlu turun ke medan pertempuran dengan persediaan yang rapi dan gerakan terancang. Master Plan Siasah perlu seragam di semua peringkat agar setiap fikrah ahli menuju ke matlamat yang sama. Hari ini adalah tidak sesuai lagi dengan amalan percaturan nafsi-nafsi yang digunakan selama ini. Selagi mana sistem nafsi-nafsi ini menjadi pegangan, maka wahdah yang diimpikan kelihatan terlalu kabur. Setiap demonstrasi, bengkel, konsert, himpunan, atau sebarang tindakan luar biasa perlu berada dalam satu garis perancangan yang ada titik pemula dan memiliki sasaran penamat biarpun peratus kesudahannya terlalu kecil. Adalah tidak bijak untuk sesuatu revolusi dilakukan mengikut musim dan firasat kepimpinan semata. Namun suatu musim boleh dimanipulasi sebagai peluang tambahan untuk mengukuhkan garis perancangan.

Kita Sebagai Tangan Kanan


Kita sememangnya sedia maklum wujudnya front yang sedang bertungkus lumus memurnikan mustawa pemikiran umat yang semakin kritikal. Lalu apakah kita tidak terpanggil untuk sama-sama menghulur bantuan walhal sudah bertahun kita ditarbiah berdasarkan matlamat yang sama. PAS sebagai wasilah politik Islam paling dominan dan Gamis sebagai front mahasiswa paling berkaliber sedang rancak mengatur arah tuju gerakan dengan pelbagai misi dan sterategi. Maka GMI perlu menjadi sebuah agensi yang bergerak secara bijak dalam membantu menyemarakkan perjuangan islah yang sedia ada. Tidak semestinya GMI perlu terlibat secara lansung kerana pasak perjuangan kampus masih menjadi autoriti yang perlu diutamakan. Biarpun terpaksa menggerakkan perjuangan dalaman, ia tidak menafikan keupayaan sesebuah GMI untuk beraksi diperingkat nasioal jika percaturan dilakukan dengan kaedah yang terbaik. Sebuah Plan Tindakan perlu dihasilkan secara rampang banyak mata agar GMI tidak ketinggalan daripada arus perjuangan global disamping tidak keciciran daripada matlamat yag asal. GMI perlu bertindak sebagi organisasi yang meramaikan, menggerakkan, menghidupkan, menyorak, menyokong, melindungi, disamping menyediaakan barisan pelapis perjuangan yang mapan secara teoritikal dan konklusif dalam tindakan.





UMNO perjuangkan Islam??? Lawak Antarabangsa 2009 0 comments

Adalah tidak diketahui samada pemimpinan UMNO memahami atau tidak takrifan sebenar frasa perjuangan Islam. Amat melucukan apabila Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Tuan Hj Muhyidin Bin Hj Mohammad Yassin mengungkit segala jasa UMNO dalam menubuhkan institusi Islam sepanjang pemerintahan UMNO selama ini. Bagi beliau, penubuhan segala macam institusi Islam tersebut membuktikan UMNO sememangnya memperjuangkan Islam dalam sistem pentadbirannya. Tambah melucukan apabila Tan Sri Muhyidin turut mencabar Ketua Menteri Kelantan Y.A.B Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat untuk membuktikan PAS lebih banyak memperjuangkan Islam berbanding UMNO.

Apakah Situasi Cabaran Ini Logik ???

1. Bagi yang memahami sudah pasti melihat cabaran Timbalan Perdana Menteri itu ibarat seorang pelajar tadika yang mencabar seorang guru matematik untuk menjawab permasalahan ilmu hisab. Adalah tidak mustahil untuk pelajar tadika itu menang di dalam pertandingan tersebut. Namun kemenangan itu mungkin kerana belas kasihan seorang guru yang merasakan tidak bijak untuk berdebat dengan seorang kanak-kanak yang masih mentah dan tidak berilmu.

2. Tabung Haji, Bank Islam, Pusat Zakat, Jakim, Perkim, dan bermacam lagi institusi Islam dijadikan modal oleh Timbalan Perdana Menteri untuk membuktikan betapa UMNO memperjuangkan Islam. Segala yang telah terbina sememang diterima dan diakui oleh semua pihak, namun persoalannya sejauh manakah pembinaan itu benar-benar mendokong intipati kandungan Islam? bahkan telah terbukti betapa institusi yang telah terbina itu tidak berjaya menjadi medan implementasi Islam yang sebenar. Skandal kewangan Tabung Haji, penyelewengan wang zakat, dan bisunya institusi Islam seperti Jakim dalam menjadi juru bicara Islam memperlihatkan kepada kita masalah halatuju Islam yang membelengu UMNO.

3. Jika institusi Islam menjadi mauduk cabaran Tan Sri Muhyidin kepada Kelantan, maka tidak salah kiranya Y.A.B Tuan Guru membalas semula cabaran dengan meminta UMNO untuk membuktikan PAS lebih banyak membina pusat maksiat berbanding UMNO. Tan Sri Muhyidin perlu membuktikan pemerintahan PAS lebih banyak membuka kelab malam berbanding pemerintahan UMNO. Tan Sri Muhyidin juga perlu membuktikan pemerintahan PAS lebih banyak membuka pusat jualan arak berbanding UMNO. Selain itu Tan Sri Muhyidin juga perlu membuktikan pemerintahan PAS lebih banyak membuka pusat hiburan berbanding UMNO.

4. Tajuk cabaran ini sebenarnya perlu dibuka kepada usul yang lebih meluas seperti
- Pemerintahan Islam tanpa Rasuah, Jenayah, Dan Hedonisma :UMNO atau PAS??
- Antara UMNO dan PAS, siapa pelopor kebajikan rakyat berteraskan Islam ?
- Antara UMNO dan PAS, siapa lebih dominan sebagai organisasi Islam?
- Al Quran dan Sunnah, perjuangan UMNO atau PAS ?


5. Jika Tan Sri Muhyidin meneruskan juga cabaran kepada PAS, maka seharusnya beliau dan kerajaan Malaysia memberikan perluang kepada PAS untuk mentadbir kerajaan pusat biarpun hanya untuk sepenggal. Setelah selesai sepenggal, biarkan rakyat membuat timbang tara yang adil bagi menilai siapa pendokong Islam yang sebenar. Adalah tidak logik dan adil untuk kerajaan pusat mencabar kerajaan negeri yang sememangnya memiliki autoriti terbatas dan terhad.

6. Cabaran Tan Sri Muhyidin ini juga dilihat sebagai bukti keyakinan beliau terhadap kekolotan media Malaysia yang berjaya menyembunyikan segala unsur kebajikan dan kelebihan parti pembangkang khususnya PAS yang telah sekian lama mentadbir Kelantan. Berbanding 11 berita gembira yang diumumkan PM baru-baru ini, di sini penulis ingin mengimbau semula Bajet Kelantan 2008 yang telah diluluskan.
- Peruntukan RM 4.3 juta untuk pembinaan rumah kos rendah
- RM 15 juta untuk pembinaan perumahan awam kos rendah
- RM 1 juta untuk kebajikan Non Muslim dan Orang Asli
- RM 500,000 untuk latihan belia dan wanita
- RM 2 juta untuk golongan Armalah
- RM 2 juta untuk anak yatim

Biarpun jumlah kebajikan ini bukan 11, namun kewujudannya lebih berdiri di atas dunia yang nyata.

Seruan Untuk GMI (siri I) 0 comments

Ahli GMI perlu sentiasa peka dengan peredaran pemikiran perdana yang semakin mencabar. Zaman ini amat menitik beratkan profesionalisma dalam setiap inci pemikiran dan tindakan. Jika ditelusuri senario umat dalam dan luar negara, peperangan politik semakin menggila sehingga melampaui norma pemikiran yang biasa. Setiap isi dunia seakan-akan dikuasai ahli politik sehinggakan apa sahaja yang berlaku sentiasa dikaitkan dengan sterategi politik.

Maka persoalan yang timbul ialah, apakah kita akan membiarkan politik menguasai agama atau agama menguasai politik? Apabila dunia sudah dijajah politik, maka sudah pasti Agama perlu menakluki politik untuk menguasia dunia. Apa yang pasti ialah kita sentiasa memperjuangkan agar Islam menguasai segalanya. Namun apakah wujud simbiosis diantara kekuatan kita dengan perjuangan ini? Persoalan ini perlu dijawab oleh setiap ahli GMI yang selama ini mendokong perjuangan Iman dan Taqwa.

Apabila skop dikecilkan ke dalam negara, penglihatan harus tertumpu kepada kondisi semasa GMI yang menjadi agen utama pengislahan umat secara ilmiah. Jika dibandingkan dengan kegilaan politik dunia, Malaysia tidak kurang hebatnya. Kerakusan kuasa kerap memperlihatkan Islam terus dikesampingkan sambil minda manusia terus bertuhankan politik. Demi cita-cita politik, agama ditolak dan ditarik mengikut keperluan semasa. Parti perjuangan Islam seperti PAS pula kian kehilangan punca apabila kelam kelibut dengan krisis dalaman yang sudah pasti menjadi intaian pihak musuh yang sentiasa menunggu peluang. Akhirnya umat dulu, kini dan selamanya terus alpa dengan kehidupan mereka yang dianggap sudah memadai dan mencukupi.

Maka daripada keadaan yang meruncing ini, dapat kita fahami bahawa wujud tuntutan kritikal kepada seluruh GMI akan memperkasa peranan sebagai agen pengislahan umat. Namun apakah peranan ini mampu dipikul sedangkan GMI masih dibelengu dengan masalah asas seperti halatuju dan solidariti yang masih kabur???

Futur Oh Futur 0 comments

Kita perlu bersiap untuk melahirkan kader yang memiliki potensi pemikiran luar biasa. Luar biasa? Apakah potensi yang dibina selama ini tidak mencukupi?. Jawapannya sukar untuk diputuskan. Namun apa yang penting ialah kita perlu sedari bahawa kaedah sedia ada masih perlu diperkasakan dari segenap ruang dan aspek.


Pemikiran JIK perlu dipupuk padu dengan fikrah harakah secara meluas bagi menghasilkan persediaan yang selari antara dua alam yang berbeza iaitu alam kampus dan dunia luar. Apabila berbicara mengenai fikrah, maka persoalan ini tidak lari daripada perbincangan Tarbiah dan juga Siasah.

Sebagai pendokong perjuangan Islam, setiap daripada kita sudah memahami halatuju perjuangan dan segala macam rintangan yang bakal melintang di sepanjang laluan dakwah ini. Bezanya, jika dahulu kita hanya menekankan cubaan dalam kampus seperti akademik, hep, aspirasi dan sebagainya, kini mungkin sudah tiba masanya kader dakwah ini diperkenalkan terus kepada mehnah yang lebih mencabar. ISA, Penjara, Fitnah Liwat, Ugutan bunuh, Diekori, Fitnah Rasuah, Dipukul, Dicabul dan bermacam lagi rialiti yang menunggu kader dakwah diluar sana.

Maka apakah kaedah tarbiah kita sudah bersedia? Jika kita hanya membiarkan jundu-jundu muda ini bermain dalam gelanggang yang biasa tanpa pendedahan awal, maka tidak hairan jika ramai yang hilang akibat kejutan dakwah di medan yang sebenar.

Pandangan ini diberikan apabila melihat situasi genting perjuangan yang semakin menggamit pengorbanan tetapi dalam masa yang sama tentera untuk mengisi saff perjuangan semakin kurang. Keadaan ini bertambah runcing apabila kelahiran kader mutakhir ini gagal memenuhi pasaran dakwah yang bukan sekadar memerlukan pemikiran yang tajam tetapi juga jiwa Rabbaniah.

Seketika bersama Dato Sri.. 0 comments

Ucapannya bermula agak perlahan. Penulis menganggap beliau agak tertekan apabila diikat dengan syarat yang lebih memfokuskan pengucapan berbentuk akademik. Lalu pidato beliau kerap kali mengulang seruan agar mahasiswa memperbanyakkan bacaan buku. Sekali kala beliau selitkan juga dengan unsur humor sinis yang menghentam pihak tertentu sambil disambut oleh sorakan mahasiswa yang tidak dapat dipastikan samada mereka memahami apa yang disorak.

Ucapan beliau tampak terlalu kosong sehingga beliau sendiri menutup awal sesi berpidato yang kemudiannya digantikan dengan sesi soal jawab dengan alasan beliau lebih gemar berdialog dengan mahasiswa sebagai peneraju masa depan negara. Maka bermulalah sesi berperasaan antara Dato Seri dan mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Satu persatu bangkit tanjak intelegensia mahasiswa mengajukan soalan demi soalan dan dijawab secara umum oleh Dato Seri.

Melalui cara Dato Seri membentangkan jawapan terhadap segelintir persoalan yang dilontarkan, penulis merasakan ada tona kebosanan dari nada beliau seakan-akan meluat dengan persoalan yang diajukan. Namun ada beberapa soalan yang berjaya menarik minat beliau apabila menyentuh aspek halatuju perjuangan beliau, dan persoalan mengenai kelesuan mahasiswa kini yang tidak seghairah dulu.

Secara peribadi, penulis merasakan ucapan Dato seri kali ini tidak menyengat seperti biasa mungkin disebabkan beberapa faktor :

1. Pihak pentadbiran mungkin mengenakan syarat yang sedikit sebanyak mengganggu fokus beliau
2. Keletihan akibat aktiviti yang berpanjangan dan berterusan
3. Khuatir kemampuan minda warga KUIS untuk menerima ucapannya
4. Wujud minda berlapis yang menyebabkan beliau berwaspada dengan segala ucapan yang dilontarkan.

Jangan menyalak macam...... 0 comments

Kepala masih pening, demam belum kebah. tapi selepas menelaah karya karya rakyat malaysia, khususnya mahasiswa yang semakin mandul fikirannya, jiwa menjadi geram. Natijahnya, tangan terpaksa menulis.

Apa beza binatang dan manusia??? kalau dinilai dari segi kemampuan menyalak, manusia tidak kurang hebatnya. bahkan salakan manusia siap diringi dengan hina menghina, kutuk mengutuk sedangkan salakan binatang hanya sekadar mempertahankan diri, dan memberi amaran bahaya kepada tuannya.

Dipendekkan cerita, binatang selepas menyalak tidak tampil dengan plan tindakan berkala. binatang hanya tahu menyalak tanpa berfikir. Hal ini sudah menjadi takdir azali kepada makhluk yang bergelar binatang. Oleh itu ini merupakan perkara besar yang perlu diinsafi untuk membezakan antara binatang dan manusia. Kalau manusia turut gemar menyalak tanpa ada tindakan susulan yang menunjukkan pemikiran yang matang, maka manusia itu memalukan darjatnya.

Pandangan ini tidaklah pesimis terhadap golongan penyalak tegar, kerana salakan itu perlu demi mengejutkan golongan yang terlena. namun selepas menyalak, perlu ada kronologi tindakan yang berkesinambungan agar yang terjaga tidak terlena semula.

kalau perkataan salak tidak sesuai, boleh tukar kepada perkataan yang lebih sesuai mengikut pandangan masing-masing. sejuta kemaafan dipohon

PANDANGAN SUKA SUKA 0 comments

TENTANG KERAJAAN PERPADUAN

1. PAS sedang memiliki masalah diperingkat tunas yang perlu diperkemaskan sebelum membentuk kerajaan perpaduan. PAS perlu meletakkan jangkaan waspada terhadap sebarang kemungkinan khianat daripada pihak UMNO. Mungkin PAS tidak akan dikhianati sekarang, namun 10 tahun akan datang sewaktu generasi PAS yang mandul memimpin, maka PAS akan terguling.

2. Hubungan yang masih samar dalam pakatan rakyat perlu diperjelaskan secara rasmi. Antara Anwar dan Najib, lebih utama untuk bersama Anwar walaupun kondisi beliau yang sentiasa diliwat dan meliwati. Nafas politik Najib hampir bertemu dengan ayahandanya. Nama Najib Bin Tun Razak perlu ditukar kepada Najib bukan Tun Razak. Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang menjadi figure utama dalam pakatan rakyat. Penggabungan dengan UMNO akan menyebabkan PAS kehilangan rakyat. Mungkin yang tinggal hanyalah rakyat kelantan, kedah, segelintir hardcore Islam di merata pelusuk negara dan kelab penyokong PAS kelantan. Maklumlah, bila Anwar mengaum, Tuan Guru pun terkejut.

3. Jika UMNO inginkan perubahan tidak perlu penggabungan dengan PAS, semenjak dahulu lagi UMNO telahpun memahami tuntutan dan keinginan PAS. Buktikan dahulu langkah UMNO untuk berubah. Jika UMNO kebuntuan, PAS akan menghulurkan bantuan. Walaupun tidak berpadu, PAS tetap membantu.

Jadikan Ummah Sebagai Cermin Dakwah 0 comments

Tugas kita adalah mengislahkan semula kehidupan umat yang semakin tersasar jauh daripada syariat yang sebenar. Mereka hidup selesa dalam keadaan biasa tanpa mereka sedari bahawa yang biasa itu adalah bukan hakikat yang benar. Maka mereka tidak menemui alasan mengapa perlu adanya perubahan. Namun ada juga umat diluar sana yang menyedari bahawa perubahan merupakan suatu yang amat kritikal memandangkan kebejatan norma yang semakin memuncak. Namun terlalu banyak penghadang yang menyebabkan semangat reformasi tersebut sekadar ditelan sebagai perkara sarwa yang kurang bermakna. Wujud juga golongan yang anti perubahan kerana perubahan hanya akan membawa ancaman kepada mereka. Mereka pencatur kebejatan dan mereka juga yang memelihara kehancuran.

Tiga golongan di atas sentiasa berlegar di sekitar kita. Ada yang mendabik dada menjulang kemungkaran, ada juga yang tertunduk mengangguk akur pada kefasikan dan ada juga yang berdiam serta membisu akibat kejahilan. Mungkinkah kita terselit dicelah-celah golongan ini ???. Jika tidak, di mana agaknya kedudukan kita???. Tepuk kepala tanya minda, tepuk dada tanya jiwa.

Maka sunatullah menjadikan Da'ie sebagai pengubat bagi segala kerosakan yang berlaku. Seantero lipatan sejarah telah menceritakan betapa kerap Allah mengutuskan para Da'ie untuk memulihkan keadaan umat yang semakin parah. Bezanya di zaman kita tidak ada perlantikan rasmi dari Allah untuk mengiktiraf seorang Da'ie menjadi Nabi ataupun Rasul. Maka tidak perlu ditunggu lagi datangnya Nabi ataupun Rasul untuk mengubat umat di zaman ini. Memadailah dengan kita sebagai insan yang diberi anugerah untuk memahami konsep 'Izzatul Islam yang perlu dijaga dan diperjuangkan.

Perkara ini menjadi asas kepada gerakan kita setelah tersedar dari bayangan duniawi. Maka bergeraklah di atas landasan ini. Paculah apa juga tindakan asalkan perkara asas ini tidak dikesampingkan. Lakukanlah apa juga reformasi mahupun transformasi asalkan pasak perjuangan ini tidak diabaikan.

Jadikan Umat Sebagai Cermin Gerakan Kita. Lihatlah kesan dakwah pada ummah dan bermuhasabah untuk menilai natijah. Jika Dibenci bukan bermakna tidak berjaya. Jika diterima jadikan mangkin untuk terus berusaha.

Indahnya kalau mereka mengerti 0 comments

Meniti hari di celah ruangan yang subur dengan amal islami sememangnya suatu yang amat diingini oleh semua mujahid dakwah. Suasana Bi'ah Islamiah yang dihiasi amal soleh sudah pasti melentur jiwa-jiwa yang gersang untuk terus menikmati kerahmatan dan kasih sayang Tuhan. Perkara ini menjadi idaman setiap mujahid dakwah yang tidak pernah jemu untuk melaungkan kalimah Dakwah dan Islah.

Fikiran sedikit berkecamuk apabila memikirkan mengenai dua benua yang terlalu berbeza keadaannya. Ada benua yang gersang dan tandus dan ada pula benua yang subur dengan pelbagai semaian Iman dan Islam. Sedih apabila mengingatkan tegarnya pejuang kalimah Allah di tanah gersang yang cukup tandus akibat kekontangan Iman. Mereka membawa panji Tauhid dalam keadaan dhaif namun tidak pernah merasa lelah apatah lagi mengalah. Biarpun merangkak gerakan mereka tetap bergerak sehingga Allah mempamerkan semaian dakwah yang sudah mula bertunas. Sudah namanya mujahid dakwah, tunas kecil itu tidak pernah diabaikan bahkan menjadi pendorong semangat untuk terus memperkasa usaha amal dan jihad.

Namun berbeza pula di benua yang subur ini. Seperti ada yang tempang dicelah tanaman yang hidup subur dan segar. Tanaman yang subur itu seperti tidak dipelihara dengan baik sehingga kelihatan seperti semak yang menyakitkan mata memandang. Mungkin mereka terleka menikmati manfaat kebun tersebut sehingga terlupa untuk mencantas lalang yang tumbuh. Buah-buahan yang terlalu banyak gugur ke tanah sehingga menjadi busuk dan berulat. Daun-daun kering bertaburan di merata tempat sehingga sukar dikesan serangga berbisa yang mungkin bersembunyi dan berselindung. Amat dikhuatiri andainya bau busuk buah yang gugur akan menganggu pekebun-pekebun lain sehingga mereka melemparkan pelbagai tohmahan dan cercaan kepada kebun yang semakin semak ini. Mungkin pada waktu itu sudah agak terlewat untuk kebun ini dibersihkan semula kerana dikhuatiri binatang berbisa akan mencederakan pekebunnya.

Oleh itu mujahid dakwah, janganlah kita memandang remeh terhadap jejak langkah perjuangan ini. Biarpun jalannya nampak selesa, namun tidak salah untuk kita menyangka bahawa jalan itu dipenuhi duri. Janganlah kita gemar untuk mencari keselesaan yang hanya akan menjarakkan peluang untuk kita merasa keperitan perjuangan Rasulullah. Hal ini tidak memberi makna bahawa kita perlu mencari kepayahan dan keperitan dalam perjuangan. Namun jika perkara itu perlu sebagai mangkin perjuangan, maka apakah salah jika kita menciptanya????

Namun percayalah bahawa tekanan dan kepayahan pasti hadir jika perjuangan ini benar-benar tulus dan suci.

Ulama' Dan Profesional Ulama 0 comments

Istilah Ulama Profesional merupakan satu wacana yang perlu sentiasa dihangatkan perbincangan mengenainya. Kalimah Profesional Ulama perlu ditukar kepada Ulama Profesional kerana budaya mengulama'kan golongan profesional hanya akan menjadi bencana besar untuk umat Islam. Kelahiran ulama' mi celup atau mi segera ini perlu diselia sebaik mungkin agar tidak mendatangkan komplikasi kepada gerakan Islam sedia ada.

Frasa Ulama hanya boleh diberikan kepada ahlinya. Siapakah ahlinya?? sudah tentu mereka yang fakih di dalam bidang agama. Siapakah golongan yang fakih dalam bidang agama? sudah tentu mereka yang mendalaminya, memahami usulnya, memahami tasawurnya, memahami hukum hakamnya, menguasai bahasa Al Quran, serta mampu menyampaikan dan mengamalkan keseluruhan isi Al Quran Sunnah yang dipelajarinya.

Kenapa Isu Ini Dibangkitkan???

Tidak salah untuk golongan profesional dilabelkan sebagai ulama', namun darjat itu mestilah bersesuaian dengan falsafah ilmu yang dimilikinya. Kita perlu ingat bahawa sarjana Islam di zaman silam banyak terdiri daripada individu profesional dalam bidang tertentu. Namun kefakihan mereka dalam bidang agama sememangnya tidak dapat dinafikan sehingga mereka mampu menjadi titik rujukan ummah.

Penulis merasa khuatir apabila frasa Ulama begitu mudah diberikan hanya kerana seseorang itu mampu berceramah sambil memetik ayat Al Quran dan hadith lalu didengar oleh ratusan manusia dihadapannya. Hanya kerana sesorang itu bergraduasi pengajian Islam, bahasa Arab, Syariah, Usulluddin dan sebagainya, individu tersebut terus diberi gelaran ulama tanpa menilai puluhan aspek-aspek yang lain. Apa yang lebih merisaukan ialah apabila golongan profesional seperti Jurutera, Doktor, Arkitek, Wartawan, dan sebagainya begitu mudah dilabelkan sebagai ulama hanya kerana sering bersolat jemaah subuh, mampu berceramah sambil berdalil, dan berkopiah haji.

Apakah Pandangan Ini Terlalu Pesimis Terhadap Kewujudan Profesional Ulama??

Tidak, pandangan ini tidak bermaksud untuk merendahkan mana-mana pihak. Apa yang termaktub ini sekadar inesiatif dalam memastikan kalimah Ulama itu terus terpelihara dari dijadikan begitu murah oleh golongan tertentu. Sebenarnya adalah tidak mustahil untuk menyaksikan kelahiran profesional ulama dalam kalangan umat pada hari ini. Namun biarlah gelaran itu kena pada tempatnya.

"sesiapa yang Allah inginkan baginya kebaikan, maka Allah fakihkan ia dalam bidang Agama"Hadith Riwayat Abu Daud

secara rumusannya, pejuang muda di luar sana perlu sedar diri dengan status masing-masing. Jika kita tidak mahir dalam sesuatu bidang, maka serahkanlah pada yang ahli. Apatah lagi dalam bidang agama yang begitu kompleks, dengan sekadar ilmu agama celup yang kita miliki, maka janganlah kita begitu lantang dalam menghukum dan berhujah. Amat menyedihkan apabila banyak dari kalangan ustaz celup yang bukan sahaja berani mempertikaikan, bahkan mengingkari suruhan Ulama.

Kita sememangnya menyedari betapa gerakan Islah pada hari memerlukan pelapis Ilmuan yang ingin kita gelarkan sebagai ulama'. Namun ketandusan ini tidak memberi makna kita perlu gopoh dalam mencari dan membina hasrat tersebut. Peruntukkanlah masa untuk mendalami ilmu Agama secara bersungguh-sungguh kerana ruang dan peluangnya sudah terlalu banyak.

Memburu Wahdah Sebenar Yang Masih Samar 0 comments

Alhamdulillah, setelah sekian lama tersekat daripada mencoret kat papan siber ni, hari ini dapat peluang. walaupun sekelumit, harap coretan ini bermanfaat untuk semua.

Setelah kita berjaya menjadikan organisasi jihad kita sebagai entiti yang berkesan dalam waqi' perjuangan kita, maka apa lagi perjuangan yang perlu kita pacu?. Beranikah kita mengatakan perjuangan kita sudah selesai?. Perjuangan tidak akan pernah selesai selagi mana sesuatu yang dirampas daripada kita tidak dikembalikan. Perjuangan tidak akan pernah selesai selagi mana kita belum bersoal jawab dengan Tuhan yang memberikan kita pertanggungjawaban.

Ayuh sahabat, perjuangan kita terlalu besar dan murni. Matlamat kita masih terlalu jauh berbanding pencapaian kita yang terlalu perlahan dan kecil. Kita perlu melangkah ke jendela nyata mengikut tafsiran Al Quran Dan Sunnah. Bukan karangan manusia yang terlalu banyak membuat pandangan peribadi yang mengelirukan. 

Sekiranya kita pimpinan Organisasi Islam di kampus, maka apakah matlamat kita hanya sekadar memurnikan Islam di Kampus??????. Jika beginilah method pemikiran penggerak jihad pada hari ini, maka perjuangan akan terus lesu. Tidak akan ada revolusi seperti yang pernah berlaku di zaman dahulu. Kita jangan menuding jari mengatakan pihak lain direndung kelesuan, tapi nilailah perjuangan kita yang kononnya tidak lesu.

Kancah sosiobudaya dan keadaan semasa politik negara sepatutnya menghimpit jiwa para pejuang untuk lebih ghairah berjuang. Tidakkah kita merasakan bahawa kita terlalu bergantung kepada teorikal yang tidak pernah kita praktikkan.  Maka apa lagi yang perlu kita lakukan???

WAHDAH WAHDAH WAHDAH
Ya, ayuh memburu wahdah. Kita realisasikan Daulah di peringkat kita. Biar suatu hari nanti apabila tertegak Daulah Khilafah Islamiah, kita sudah memiliki prototype pemerintahan untuk dicontohi. Kita jangan memandang untuk membina wahdah bersama indonesia, Thailand atau sebagainya. Biarkan mereka membina Daulah dengan cara mereka. Kerana ini matlamat ketujuh dalam gagasan dakwah Hassan Al Banna Rahimahullah. Kita kumpulkan kekuatan kita dalam satu wahdah. Kita tinggalkan skop perjuangan jumud yang dibataskan waqi' dan thaqafah. Kita pertingkatkan Waqi' dan fikrah menjadi satu. Janganlah kita mengharapkan golongan lain yang akan memikul tugas ini, biarlah Allah mentaqdirkan kita menjadi golongan tersebut.

Impian ini terlalu besar dan sudah pasti ini juga menjadi impian semua pendokong gerakan dakwah. Maka Tingkatkan kefahaman, Pupuk pengorbanan, Tanamkan iltizam untuk istiqamah dalam perjuangan

TAKBIR...... 

Ulama Profesional Semakin Kurang ? 0 comments


Ayuh kita cari mereka.......

Ish.. Dakwah oh Dakwah 0 comments

Berat sebenarnya tangan hendak menulis. Terlalu banyak kiranya yang telah ditulis, tetapi tidak dapat dipastikan berapa banyak yang telah saya kotakan. Ish,.... memang manusia terlalu gemar berteori.

Sahabat, ayuh kita singkap jendela baru perjuangan. Saya dengan cara saya, anda dengan cara anda. Saya di medan saya dan anda di medan anda. Jangan lagi bicara soal masalah, kerana saya terlalu pasti bahawa segala bentuk dan ragam masalah sudah kita fahami. Hanya penyelesaiannya yang mungkin masih diperingkat teori. 

Masalah akan sentiasa berlaku kerana itu adalah sandaran untuk Tuhan menguji hambanya yang beriman. ingat !!! hanya hamba yang BERIMAN. Oleh itu, jangan melatah kerana masalah dan jangan mengeluh kerana musibah. Kita wajib bimbang jika rezeki perjuangan ini ditarik dan tidak diberi semula. Maka tinggallah kita sebagai manusia biasa yang hanya memiliki dunia. 

Medan dakwah masih terlalu luas, pandangan saya sedikit terbuka apabila melihat situasi umat yang sememangnya ketandusan ilmu kejiwaan dan peradaban. Mereka memiliki ilmu yang tinggi, tetapi ilmu itu tidak meresap di jiwa. Entah mengapa perkara ini boleh berlaku. Mungkin kerana dunia dan masa sudah sebati dengan dosa sehingga umat manusia menjadi buta. Dosa sudah sebati dengan makanan umat, dosa sudah sebati dengan akhlak umat, dosa sudah sebati dengan kehidupan umat, dosa sudah sebati dengan percakapan umat, dosa sudah sebati dengan amalan umat, dosa sudah sebati dengan pemikiran umat, dosa sudah bergelumang dengan seluruh aspek kehidupan umat sehingga setiap perkara yang disentuh umat turut terpalit dengan noda dan dosa. 
  
Umat seperti ini akan mencacatkan cita-cita kenegaraan Islam yang kita perjuangkan wahai sahabat ku. Dan mereka adalah tanggungjawab kita. Ya, mereka adalah tanggungjawab kita. jangan kita cerca mereka mengikut perasaan , tetapi kita mohon keampunan untuk mereka. Kita tunjukkan mereka jalan-jalan hidayah dengan cara hidup kita, dengan perkataan kita, dengan perbuatan kita, dengan akhlak kita dan mungkin dengan kemarahan kita. Jadikan mereka sebagai halatuju perjuangan kita. Kerana mereka jugak memiliki hak ke atas kita. 

Siapakah mereka ??? 
Tepuk Dada Tanya Selera, 
Tepuk Kepala Tanya Minda. 

Jangan Guna Cara Khalifah Umar Untuk Menipu Rakyat 1 comments

Perdana Menteri Malaysia yang ke Enam iaitu Dato Sri Najib Tun Razak dilihat cukup aktif dalam menjalankan tugasnya sebagai pemimpin nombor satu Negara. Satu persatu tindakan yang dilakukannya cukup menggemparkan bermula dengan pembebasan 13 orang tahanan ISA, Pemansuhan MECD, Kemunculan wajah baru dalam kabinet, dan sejak akhir-akhir ini Dato Sri Najib sering kelihatan turun ke lembah rakyat jelata tanpa laluan karpet merah seperti mana lumrahnya pemimpin yang lain.


Tindakan ini berjaya memaut hati rakyat marhaen yang sememangnya mengidamkan kehadiran pemimpin berjiwa rakyat seperti ini. Dalam nada sinis dan bergurau penulis ingin menghulurkan jutaan tahniah buat Dato Seri Najib Tun Razak diatas langkahbijak yang beliau lakukan.


Namun penulis ingin memberi sedikit cadangan kepada Dato Seri Najib untuk menambahkan lagi keampuhan kedudukan beliau di hati rakyat. Dato Seri Najib memperolehi gaji dan elaun bulanan yang agak lumayan, mungkin gaji dan elaun itu boleh disumbangkan untuk pembinaan pusat pendidikan bagi membangunkan anak-anak yatim yang tidak sedikit jumlahnya di Malaysia. Dato Seri Najib juga memiliki wang simpanan yang banyak, mungkin wang simpanan itu boleh disumbangkan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan seperti mana yang sering di paparkan dalam rancangan Bersamu Mu TV3.


Dato Seri najib juga boleh menetapkan agar skim pinjaman di Malaysia yang masih berunsurkan riba ditukar kepada skim yang lebih mesra syariah. Selain itu Dato Seri Najib juga boleh menggubal semula polisi biasiswa pendidikan kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran. Mungkin Dato Seri Najib juga boleh mewujudkan kaedah-kaedah yang lebih mudah untuk para petani di Malaysia memperolehi bantuan dalam melebar luaskan usaha tani mereka. Bagi golongan nelayan pula, Dato Seri Najib boleh menubuhkan kesatuan nelayan yang jimat kos melalui subsidi agar para nelayan Negara memiliki ruang yang sempurna untuk menampung kehidupan.

TETAPI DISEBALIK KELMBUTAN PEMERINTAHAN DATO NAJIB INI, ADA PERSOALAN YANG TIMBUL.

Apakah Dato Najib Mampu Memenuhi Impian Rakyat Ini???

Jika ingin turun ke medan rakyat jelata, kenapa sekarang?. Apakah dulu rakyat tidak pernah wujud?. Mengapa setelah menjadi PM baru Dato Najib ingin mengenal rakyat?, tidakkah ini membuang masa?. Tidakkah Dato Najib mengerti bahawa ada rakyat yang telah menanggung derita lebih daripada umur kemerdekaan Malaysia?. Apakah selama ini Dato Najib tidak mempercayai rakyat sehingga terpaksa turun untuk menyaksikan sendiri?


Amat celaka untuk Dato Najib sekiranya menggunakan kaedah Saidina Umar Al Khattab sebagai benteng untuk menutup kebobrokan sifat beliau. Ketahuilah Dato Najib bahawa jarak langit dan bumi tidak cukup untuk menggambarkan perbezaan diantara Najib dan Saidina Umar Al faruq. Saidina Umar merupakan khalifah yang termiskin selagi ada rakyatnya yang miskin. Saidina Umar merupakan khalifah yang berpuasa selagi ada rakyatnya lapar. Khalifah Umar merupakan orang yang sentiasa berjaga untuk melihat rakyatnya tidur dengan selesa. Saidina Umar merupakan khalifah yang mengangkat mata pedang dalam menjulang Islam.

Maka apa yang ada pada Dato Najib?, selain perut yang memboroi, skandal rasuah, skandal pembunuhan, skandal rampasan kuasa, dan pelbagai skandal yang cukup mengaibkan bagi seorang yang bergelar pemimpin.

AWAS DATO NAJIB,
JANGAN GUNA CARA KHALIFAH UMAR UNTUK MENUTUP PERUT YANG BOROI…
JIKA DIBANDINGKAN GUAN ENG DAN DATO NAJIB,
GUAN ENG LEBIH LAYAK UNTUK MEMERINTAH..

AWAS DATO NAJIB,
RAHSIA PERUT YANG BOROI ITU AKAN TERBONGKAR JUGA..
DAN RAKYAT AKAN DAPAT MELIHAT DI DALAM PERUT ITU
ADA TULANG DAN DAGING ALTANTUYA

Puisi Untuk Gaza 0 comments

Wajah-wajah sugul, duduk di tepian jalan yang sepi
Menanti belas simpati insan yang melalui
Sambil tangan mengusik pasir dari debu runtuhan
Mengharapkan ada sesuatu yang mungkin tertimbus
Apakah akan terbit di celah runtuhan itu kasih sayang
Mereka tidak terkesima dek rumah yang musnah
Namun mereka sengsara kehilangan kekasih jiwa
Apalah kiranya dosa si anak kecil
Sehingga dihukum sedemikian rupa
Meratap tidak ada yang memujuk
Sakit tidak ada yang menemani
Malam tiada ibu siang tiada ayah
Lalu si anak menghayun langkah lemah
Menyusuri lorong lorong yang mencuit memori luka
Lorong yang pernah menjadi saksi
Hilai tawa anak-anak kecil bermain gembira
Namun segalanya kini musnah dek kerakusan manusia
Lorong, Hilai tawa, Keluarga, bahagia, gembira
Semuanya bagaikan mimpi yang hanya mengundang dahaga kasih
Di luah tidak terkata, di pendam mengundang luka.
Si anak terus berjalan sambil mata terus memburu
Batu yang tergenggam seperti peluru yang meyimpan dendam
Dia anak Gaza, Dia Pasti Membela Tanah Airnya
Maka saksikanlah wahai Dunia, Langkah seorang anak kecil
Menongkah kezaliman manusia durjana.

PELAN STERATEGIK : Setiap Langkah Perlu Berhalatuju 0 comments


Seperti mana langkah harian kita yang memiliki destinasi tersendiri, begitulah juga dengan langkah kehidupan kita. Orang yang mundar mandir tanpa destinasi merupakan orang yang kurang bijak merancang perjalanan dan mangakibatkan banyak perkara terbazir. Sebagai umat manusia yang dikurniakan AD Din, maka sudah pasti destinasi terakhir kita adalah ingin bertemu dengan pencipta yang maha agung dan ingin hidup bahagia di Syurga yang abadi. Namun Syurga bukanlah suatu perkara yang boleh diperolehi semudah ia diperkatakan. Ada syarat dan tuntutan yang perlu kita penuhi bagi memberi sedikit jaminan untuk kita ke sana.

Apabila kita sudah jelas dengan halatuju yang terakhir, maka pergerakan perlu dicatur sebaik mungkin agar kita tidak tersesat dari landasan untuk ke destinasi tersebut. Sebenarnya setiap bait sejarah yang telah berlaku dalam kehidupan kita merupakan sorotan cerita yang agung . Sekiranya gabungan kisah ini disulam ke dalam bentuk yang zahir, maka akan terbentuk sebuah pelan tindakan yang mengajar kita untuk mencorak masa hadapan. Kisah zaman kanak-kanak, zaman persekolahan, zaman remaja, zaman dewasa dan menjelang zaman tua, semua cerita ini sebenarnya terangkum di bawah satu matlamat dan cita-cita yang suci. Di sebalik cerita-cerita inilah tersirat ribuan pelan tindakan kehidupan yang tidak kita sedari. Mungkin ada pelan tindakan yang berjaya dan mungkin juga ada yang kurang berjaya. Namun segalanya mengajar kita untuk mencatur pelan yang terbaik di masa hadapan.

Alangkah baiknya jika kita mampu mewujudkan pelan tindakan peribadi untuk kehidupan masing masing. Pelan yang dapat dizahirkan agar generasi akan datang dapat mengambil teladan dan panduan daripada pelan tersebut. Jika kita mampu, maka ayuh kita cuba mencoret pelan sterategik kehidupan kita seperti mana kita mencorak pelan-pelan untuk perkara lain. Pelan yang dimulakan dengan matlamat dan disusuli dengan misi dan sterategi. Mungkin kita bingung untuk mencoret pelan kita yang mungkin sudah terlalu tua. Maka ayuh mulakan perancangan untuk anak kita, untuk keluarga kita dan untuk kita.

Namun ingatlah bahawa kita tidak seharusnya berbangga jika pelan itu berjaya kita lakarkan secara hitam putih. Sesungguhnya pelan itu hanya sebahagian daripada usaha kita sebagai manusia, selebihnya terserah kepada Allah yang maha mengetahui.

Ayuh Sahabat, Kita Jadi Pemikir. 0 comments


Kita pernah mendengar kisah pelakon-pelakon negara jiran yang terjun ke dalam bidang politik sehingga menjadi gebenor. Begitu juga dengan pelakon berbadan sasa Arnold Schwazenegger yang kini menjadi gabenor di wilayah California. Selepas memerintah, penggiat seni ini mempamerkan kredibiliti yang tidak jauh berbeza dengan pemikir politik.Keadaan ini sebenarnya menggambarkan betapa masyarakat negara luar memiliki daya saing ilmu yang begitu terkehadapan sehinggakan tidak wujud perbezaan diantara pemerintah, penggiat seni, ahli sukan mahupun rakyat biasa.


Selain ilmu yang dibudayakan, kematangan yang dipupuk dalam kalangan rakyat negara luar juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan pemikiran kelas pertama. Lihat sahaja apabila media menemu bual pemain bola liga perdana inggeris Steven Gerrard mengenai soal perkembangan bola sepak dunia, beliau menjawab dengan penuh fakta seolah-olah beliau seorang menteri yang sedang bermain bola. Inilah contoh pemikiran kelas pertama yang mungkin diidam-idamkan oleh kepimpinan negara kita.

Bagaimana pula dengan rakyat Malaysia? bagaimana pula dengan golongan Pemimpin kita? bagaimana pula dengan pemain bola kita? dan bagaimana pula dengan kita?

Apakah sama pemikiran pemimpin kita dengan pemimpin mereka, atau tahap pemikiran pemimpin kita hanya bersamaan dengan pemain bola mereka. Jika pemikiran pemimpin kita hanya setahap dengan pemain bola eropah, maka mungkin pemikiran pemain bola kita hanya layak untuk dibandingkan dengan tukang sapu di eropah.

Maka ukurlah kedudukan kita. Apakah kita benar-benar bersemangat untuk mengasuh minda dengan ilmu dan menguji ilmu tersebut dengan praktikal yang berani. Kita tidak perlu menyentuh aspek luar secara menyeluruh, namun ayuh kita telusuri sifat kita setelah bertahun mendalami pengetahuan mengenai jihad, korban, ukhwah, infak, siasah, dan pelbagai lagi ilmu samawi mahupun sekular. Apakah setelah bertahun dilatih dan berlatih kita masih berada di tahap yang sama. Maka kita perlu mengukur semula kemuliaan kita berbanding masyarakat eropah. Jangan kita terlalu meninggi diri dengan kemenangan Aqidah warisan yang kita perolehi. Perlu diingat impian Daulah Islamiah merupakan agenda yang terlalu besar dan memerlukan cendekiawan yang bijak pandai serta gemar berfikir.

Jika pemikiran kita sebagai pejuang agama masih tidak mampu menyaingi kematangan minda masyarakat eropah, maka perjuangan menegakkan Daulah secara logiknya masih terlalu sukar untuk kita tempuhi.


MEREKA MEMANG JAHIL,
TAPI MEREKA TIDAK BODOH DAN DUNGU.
KITA MEMANG BERAGAMA, TAPI SEKADAR BERAGAMA TIDAK MENJAMIN KEBIJAKSANAAN



SATU TAMPARAN UNTUK KITA 0 comments



Ditampar memang terlalu sakit. Tidak ada insan yang berlapang untuk ditampar. Namun sekiranya kita sedang memandu kenderaan dan kita mengantuk, maka kita perlu ditampar untuk mengelak kemalangan. Semakin mengantuk, maka semakin kuat tamparan yang perlu diberikan.

Wahai pejuang, bagaimanakah kita sanggup duduk terperap di bilik, menonton filem, bersembang kosong, melayari internet, mengumpat, berketawa tanpa batas, membuat assignment, bergayut bersama telefon, dan merajuk kerana bertengkar dengan sahabat.

Lalu kita menghadiahkan perkara ini untuk jemaah :
kita sibuk untuk ke mesyuarat perjuangan,
Kita mohon untuk berehat akibat tekanan jemaah,
Kita mohon masa untuk siapkan assignment,
Kita mohon untuk tidak hadir usrah akibat penat,
Kita mohon untuk tidak ke program kerana urusan keluarga,
Dan kita terus memohon dan memohon.
Sedarlah Pejuang, kita sudah memohon terlalu banyak perkara untuk urusan peribadi....

Maka ayuh kita renung sejauh mana sumbangan kita untuk Jemaah,
Apa yang telah kita berikan kepada Jemaah?
Apakah seimbang neraca pemberian dan permohon kita terhadap Jemaah?

Jika orang terdahulu sudah menyiapkan gagasan Tarbiah kampus yang kita tumpangi pada hari ini, maka apa yang telah kita siapkan?
Jika orang terdahulu telah menyiapkan gagasan ekonomi, maka apa yang telah kita siapkan?

Jika orang terdahulu sudah mengasaskan gagasan akademik dan kebajikan, maka apa yang telah kita siapkan?

Atau kita tidak pernah terfikir untuk menyumbang sesuatu? atau kita sememangnya ditakdirkan sebagai golongan penumpang. Dan amat menyedihkan apabila wujud golongan penumpang yang tidak sedar diri. Tidak cukup dengan menumpang bahkan mereka merosakkan segala usaha orang-orang yang telah memberi tumpang.

Kita kerap mengkritik orang-orang terdahulu yang ceritanya tertulis dalam lembaran sejarah. Namun sedar atau tidak, selemah-lemah orang terdahulu, mereka pernah memerintah melaka. Maka kita selaku bijak pandai di zaman moden ini, apa yang telah kita perintah?.

Ayuh Pejuang, ini masanya untuk berubah. Sistem yang canggih tidak akan bergerak tanpa pejuang yang bernyawa. Kita berubah dalam aspek tarbiah, kita tingkatkan kebersamaan ruh kita kepada pencipta yang agung. Kita semarakkan semangat untuk menguasai siasah agar ruang dakwah kita lebih terbuka.

Kita pupukkan wahdah sesama kita. Apabila seorang terluka, semua memberikan penawarnya. Jangan ada lagi yang suka bersendirian kerana perkara tersebut bukan cara kita yang dihadiahkan sebuah jemaah.

AYUH PEJUANG, KITA BERUBAH, KITA HIJRAH MENUJU WAHDAH.




TUGAS SIAPA NI ? 0 comments

Ini kondisi di semenanjung, kalau di Sabah dan Sarawak jumlah pengundi merah lagi memeningkan kepala.

Betapa kita perlu menguasai siasah jika kita menyedari realiti perjuangan yang memerlukan jalan pintas.

Jalan Pintas ??? bolehkah perjuangan ada jalan pintas ???

Boleh, tetapi bukan memintas ujian dan halangan, sekadar mencari laluan lain yang boleh mempercepatkan kalimah Allah menjadi kalimah menjadi yang tertinggi. maka secara lansung membawa makna, kita terpaksa menempuh segala ujian dan halangan dalam jangka waktu yang lebih awal.

Jika kita ingin melihat benih kejayaan pada tahun hadapan, maka ujian dan halangan boleh ditangguh hingga ke tahun hadapan.

Namun jika kita ingin melihat benih kejayaan pada esok hari, maka hari ini kita terpaksa bertempur dengan segala ujian dan cabaran.

Persoalannya, sejauh manakah kita sudah benar-benar cakna dengan siasah ???


NAJIB DAN ISA 0 comments

Ya, memang benar Najib sudah melepaskan 13 orang tahanan ISA. Najib juga menyebut undang-undang ISA akan dikaji semula demi kepentingan semua. Saya berikan satu analogi untuk kita renungkan bersama.

Seorang anak kecil sedang mengamuk dengan ibunya kerana ibunya enggan membelikan mainan kapal terbang kawalan jauh yang berharga 300 ringgit. Si anak menangis begitu kuat dan berguling-guling di atas lantai pasaraya sambil disaksikan orang sekeliling. Si ibu yang kalah malu memujuk anaknya dengan membelikan sebuah kereta kawalan jauh dengan harga 60 ringgit. Si anak terus berhenti menjerit dan tidak lagi menuntut mainan kapal terbang itu tadi.

Persoalannya adakah kita anak kecil yang tidak tahu menilai sandiwara politik?. adakah kita sanggup mengubah mentaliti perjuangan hanya kerana mendapat gula-gula penutup mulut dari orang yang dituntut?.

Perlu diingat bahawa matlamat kita terlalu besar dan matlamat tersebut sepatutnya tidak bergegar walaupun sedikit dengan tawaran murahan daripada golongan desperado. Pasak Thabat dan Tajarrud perlu digenggam selagi mana kita berhadapan dengan apositor yang terkenal sebagai penghambat dunia Dakwah.

ISA langsung tidak bernilai jika dibandingkan dengan tuntutan sistem perundangan Islam. ISA terlalu murah jika dibandingkan dengan harga negeri Perak yang dirampas. ISA tidak bernilai jika dibandingkan dengan isu Altantuya yang masih tidak berjawapan.

Mungkin juga analoginya seperti ini,

Seorang pemburu pernah mengali sebuah lubang untuk dijadikan perangkap kepada mangsanya apabila dikejar dengan harapan mangsanya akan terjatuh ke dalam lubang tersebut. Namun setelah berfikir berpuluh-puluh kali, timbul risau di hati pemburu andai lubang tersebut memakan tuan. Maka demi keselamatan dirinya, pemburu tersebut menimbus kembali lubang yang telah digali dan mengatur kaedah perangkap yang lebih mesra tuan.

Komentar ini diberikan hanyalah sebagai peringatan agar kita tidak leka dengan pencapaian semasa. Kita sebagai pencinta Dakwah perlu sentiasa berhati-hati dengan permainan musuh yang kerap mengambil kesempatan di atas ketinggian toleransi yang dimiliki oleh pencinta Agama Allah. Jika timbul pertikaian berkaitan hal ini, penulis menyeru agar individu yang mempertikai menyemak kembali lembaran sirah dan sejarah.

Walaupun begitu, konsep Husnuzhan iaitu bersangka baik perlu terus diamalkan disamping berwaspada dengan sebarang ancaman yang mendatang. Konsep Husnuzhan ini terlalu penting kerana kita sebagai manusia tidak memiliki hak untuk menutup ruang taubat yang menjadi hadiah istimewa kepada umat manusia. Sejauh manapun keterlanjuran Najib, beliau tetap manusia yang tidak terkecuali daripada konsep Ghafur dan Rahim yang menjadi sifat suci bagi Al Khaliq yang maha esa.

Jika musuh menghulur salam, maka kita sambut dengan genggaman yang erat. Namun kita perlu bijak menilai andai musuh menyembunyikan pisau kecil di dalam genggamannya. Oleh itu sebelum terluka, tangan kita perlu dialas dengan sarung tangan yang tebal agar kita terjerat dan musuh tidak terasa.

AYUH PEJUANG MUDA, TERUSKAN BERFIKIR.







NAJIB TUN RAZAK : MAMPU MENCETUS REVOLUSI JIHAD 0 comments

SUDAH !!! JANGAN SEMBANG BENDA KOSONG, JANGAN BUAT BENDA SIA-SIA

Najib Al-Altantuya kini semakin menghampiri puncak pemerintahan. Tidak boleh dibayangkan betapa rakusnya beliau akan meratah perjuangan Islam bagi memastikan kestabilan penguasaan beliau. Barisan UMNO saling tidak tumpah seperti angkatan Ahzab yang bersiap sedia untuk merempuh keampuhan Aqidah Islamiyah yang semakin bertapak kukuh. Tragedi Perak yang dirompak anak bangsa sendiri, nasib YB Eli yang aibkan dengan begitu dasyat, dan kes fitnah sodomi Anwar yang terkini seakan-akan dikelolakan oleh seorang pengarah filem yang sama.

Jika ditanya siapakah penerbit rancangan realiti tv yang paling berjaya di Malaysia ?, maka Najib individu yang paling layak untuk menerima anugerah tersebut.

Tetapi penulis tidak terlalu berminat untuk mengupas isu yang hanya akan membuatkan perasaan amarah menjadi tidak tenteram. Penulis ingin membawa sekalian sahabat di kampus mahupun yang telah berada di lapangan umat untuk menilai kondisi semasa persiapan kita. Peralihan Najib yang bakal menggantikan kepimpinan Mr Clean seharusnya membuat kita berfikir dengan lebih serius soal persiapan kita melalui dua cabang utama iaitu Tarbiyah dan Dakwah.

Sebelum menjadi PM, Najib sudah menggunakan peledak C4 untuk melebur tubuh janda molek bernama Altantuya Sharibuu tanpa belas dan simpati. Sebelum menjadi PM, Najib dengan rakus merampas kerajaan rakyat di Perak dengan senyuman lebar tanpada rasa malu dan bersalah kepada rakyat.

Maka, apa agaknya yang akan berlaku selepas Najib menjadi PM ???


Dalam bidang Tarbiyah, apakah kita masih sibuk memikirkan jalan penyelesaian masalah hati dalam kalangan ahli gerakan yang tidak pernah sudah. Apakah kita masih sibuk membincangkan soal akedemik nombor ini dan perjuangan nombor itu, sehingga wujud pertelingkahan ala kanak-kanak. Apakah kita masih membincangkan masalah ukhwah dalam kalangan ahli yang dikatakan tempang, cacat, tidak mesra dan sebagainya.

Sedarlah wahai ahli yang mentarbiah dan ditarbiah, kita mungkin turut terlena bersama Pak Lah semasa era pemerintahan beliau yang kuyu dan layu. Sehingga kita membazirkan terlalu banyak masa membincangkan perkara-perkara yang mengalihkan aulawiyat yang lebih utama.

Ayuh Tarbiyah, bangkit, bangkit bangkit.., kita memerlukan jundullah dalam erti kata jundu yang sebenar. Jundu yang berani merempuh pintu pagar Najib biarpun terpaksa menyarung jaket C4 di tubuh. Cara yang biasa perlu diselitkan dengan inovasi yang sedikit luar biasa agar persiapan kita lebih teguh dan utuh. Sudah tiba masanya kita berhadapan secara pahlawan dengan mereka yang berlagak seperti jantan.

Sudah !!! hentikan perbincangan karut yang melenakan para pejuang.

Ayuh kita hangatkan perbincangan ilmu Jihad dan Siasah Islam dalam kalangan ahli gerakan!!!.
Ayuh kita gegarkan alam dengan laungan Wehdah yang lebih kerap agar jiwa-jiwa kita sentiasa bersedia!!!.

Ayuh kita lazimkan bacaan Qunut Nazilah agar semangat ini ditemani dengan tentera Allah yang menjadi kunci kegemilangan yang lalu!!!.

Dalam bidang Dakwah pula, Apakah kita masih takut untuk bersuara dengan lebih lantang dalam mencegah mereka yang sering menghambat usaha Dakwah. Jika kita masih takut, maknanya Dakwah kita tidak sejajar dengan arus perdana yang memperlihatkan gelombang Dakwah semakin laju dan semakin hampir ke puncak. Apakah Dakwah kita masih diperingkat pengenalan kepada mad'u sedangkan akal mad'u pada hari ini perlu melalui sistem perubahan yang lebih ekspres. Apakah kita masih asyik dengan anjuran program-program yang hasilnya masih kurang menepati objektif yang dihajatkan bahkan memulangkan tekanan kepada jemaah.

Ayuh pejuang muda kita revolusikan Dakwah. Kita cuplik perjuangan generasi yang lalu dan kita hiasi dengan revolusi berdasarkan Ilmu wahyu dan akal yang mapan.

Kita cipta plan tindakan Dakwah bersepadu untuk mad'u agar mereka dapat menilai situasi semasa dengan pantas seterusnya memberi nilai tambah kepada Dakwah. Kita jangan melatah sekiranya masyarakat kelihatan longlai dan dangkal, walhal dalam masa yang sama kita masih membiarkan masjid lesu daripada laungan Dakwah dan Islah. Buat apa kita menunggu sesuatu yang tidak pasti, kita sebagai insan yang berkesedaran perlu mengisi setiap sudut ruang Dakwah yang ditinggalkan.

Walaupun ilmu kita masih terlalu kurang, namun perlu diingat, mad'u kita bukan masyarakat madinah yang boleh ditangguhkan usaha Dakwah ke atas mereka.

Ayuh!!! Optimakan ruang Dakwah, Minda pesimis terhadap diri perlu dihapuskan. Kita pendakwah merupakan insan terpilih dalam kalangan Ummah dan perlu berkerja untuk Ummah.

Masjid, Mimbar, Risalah, Kafeteria, Blok kediaman, dan HEP. Apakah kita sudah menerobos ke setiap ruangan kampus untuk memperkasa Dakwah ??? atau kita hanya bermain dalam coloseum rekaan dan bergelut dengan bayang-bayang sendiri.

Kita Lazimkan Qunut Nazilah, Kita Laungkan Wehdah, Kita Optimakan Ruang Dakwah, dan Kita Bangunkan Ummah.

Ayuh !!! Kita Bangunkan Ummah.